• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jantina Bukan Di Kelangkang, Tapi Di Hati – Jelita

oleh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Adalah normal bagi naluri golongan pondan tertarik terhadap lelaki secara seksual kerana mereka sebenarnya masih adalah wanita sejati, menurut akvitis mak nyah tempatan, Jelita.

Namun jika pondan itu tertarik pula terhadap wanita, situasi tersebut menjadikannya sebagai lesbian, yang memang tidak terpikat kepada mana-mana lelaki waima kacak tampan sekalipun, dedahnya lagi dipetik portal Menara.my.

Mengulas lebih lanjut, beliau mendakwa golongan mak nyah seperti dirinya konon adalah wanita tulen kerana isu jantina sepatutnya ditentukan oleh tafsiran otak sendiri dan bukannya berdasarkan jenis alat kemaluan seseorang.

Hos rancangan popular ‘Chit Chat Bersama Jelita’ itu malah berkata: “Gender identiti bukan berdasarkan organ seks atau apa bentuk kemaluan yang kelihatan di celah kelangkang anda, tapi ia ditetapkan di otak anda sendiri.”

Beliau menyifatkan doktor hari ini telah melakukan kesalahan besar kerana menentukan jantina seseorang sewaktu lahir berdasarkan jenis alat kelamin, dan ini menyukarkan golongan mak nyah untuk sah dikenali sebagai wanita.

Jelita dengan tenang menerangkan, “Apabila kita dilahirkan, doktor akan segera memberikan gender kepada kita berdasarkan alat kelamin. Penting untuk semua faham bahawa alat kelamin kita tidak menentukan apa gender kita.

“Gender kita ditentukan oleh otak dan juga naluri kita. Siapakah yang perlu menentukan identiti anda? Doktor atau anda sendiri?” tegas beliau merujuk polemik pondan untuk menggunakan tandas awam selain diskriminasi kerjaya.

Baca: Periksa Alat Sulit Sebelum Masuk Tandas – Dr. Maza

Juga: Kenapakah Perlu Iktiraf Hak Kemungkaran LGBT?

Dan: Penulis Lagu Popular Ini Dakwa Islam Benar LGBT?

Justeru Jelita kecewa kerana ramai orang terutama Muslim gagal terima hakikat kewanitaan golongan pondan atau mak nyah seperti dirinya bahkan enggan menggunakan istilah yang merujuk mereka sebagai kaum Hawa sejati.

“Penampilan mak nyah sudah jelas perempuan. Gunalah panggilan yang sesuai seperti adik, akak atau gelaran yang bakal membuatkan seorang mak nyah itu berasa selesa,” nasihat beliau yang kesal stigma masyarakat tempatan.

Jelita menerangkan: “Jika saya tertarik kepada lelaki, saya dikenali sebagai heteroseksual iaitu seumpama hubungan lelaki dan wanita. Sekiranya saya hanya tertarik kepada perempuan, saya akan dikenali sebagai seorang lesbian.”

Rancangan ‘Chit Chat Bersama Jelita’ ini dipromosikan oleh Justice For Sisters, satu gerakan pertahan golongan mak nyah di Malaysia dan diasaskan oleh Nisha Ayub, penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016.

Ia diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai bukti pengiktirafan terhadap mana-mana individu yang tegar perjuang isu golongan seks songsang itu di serata dunia yang jelas dilaknat Allah SWT dan dikutuk Rasulullah SAW.

Untuk rekod, rakaman video ‘Chit Chat Bersama Jelita’ pernah ditayangkan dalam sebuah simposium gerakan LGBT pada tahun 2016 yang diikuti ucapan alu-aluan oleh ADUN DAP Tanjung Bungah ketika itu, Teh Yee Cheu.

Beliau merupakan pemimpin politik di Pulau Pinang yang dikatakan sangat aktif sokong perjuangan hak golongan mak nyah untuk diperakui di negara ini terutama melibatkan masyarakat Melayu Islam. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: kemaluanLGBTMak NyahPondan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Keperluan Pinda Perlembagaan Untuk Kembalikan Kuasa Agong

Next Post

Jemaah OKU Zahir Penghargaan Kepada TH

Related Posts

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

27/07/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah...

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

22/01/2024
0

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam kerana melaporkan kepada pihak berkuasa adalah sesuatu...

Next Post

Jemaah OKU Zahir Penghargaan Kepada TH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd