• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Remeh, Emas Tetap Emas

oleh
31/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Mereka yang mengkritik dan meremehkan kejayaan skuad sepak takraw negara meraih pingat emas di dalam acara antara regu Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 perlu lebih adil dalam melontarkan kritikan mereka.

Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata pendekatan bersikap lebih terbuka dengan kemenangan itu sepatutnya menjadi keutamaan dan bukan sebaliknya.

“Bagi saya pingat emas tetap pingat emas, biarpun pengkritik merasakan skuad kami menang disebabkan pasukan terkuat tidak turut serta.

Kalau mereka saksikan perlawanan itu mereka sendiri boleh nampak bahawa kami berhempas pulas untuk mendapatkan emas…ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya selepas ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini.

Akramuddin menjawab dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan faktor skuad negara berjaya meraih pingat emas bagi acara antara regu itu adalah disebabkan ketiadaan pasukan Thailand.

Di temasya Sukan Asia 2018, skuad negara melakar sejarah selepas menamatkan kemarau 24 tahun kilauan pingat emas menerusi acara antara regu menewaskan tuan rumah Indonesia pada peringkat akhir.

Skuad negara meraih emas menerusi trio Muhammad Zulkifli Abd Razak selaku tekong, Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam).

Dalam pada itu, kapten pasukan negara Farhan Adam turut menyatakan pandangan yang sama.

“Hargailah kemenangan serta penat lelah kami,bukan mudah untuk melakar kejayaan itu,” katanya.

Sepak takraw turut menghadiahkan pingat perak menerusi acara regu berpasukan. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Misi Tabung Harapan Gagal, Bakal Ditutup Bulan Depan

Next Post

MCA Membisu Dalam Skandal Kerajaan BN – Gobind

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

Next Post

MCA Membisu Dalam Skandal Kerajaan BN - Gobind

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd