• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Bantah Penyertaan Malaysia Acara Antara Regu

oleh
19/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Presiden Persatuan Sepak Takraw Indonesia (PSTI) Asnawi Abdul Rachman menyelar tindakan Persatuan Sepak Takraw Asia (Astaf) yang kembali menyenaraikan Malaysia dalam acara antara regu.

Beliau berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan dan jika diteruskan dengan keputusan tersebut, pasti akan memberi masalah pada hari perlawanan kelak.

“Saya berpandukan pada majlis undian yang dijalankan pada Julai lalu di mana nama Malaysia tidak tersenarai dalam acara antara regu.

“Tapi sekarang Malaysia ‘memaksakan diri’ untuk memasuki acara ini (antara regu). Saya yakin lapan negara lain yang turut menyertai acara itu juga akan menolak (protes),” katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan pasukan tuan rumah, Indonesia, China, Pakistan, Singapura, India, Filipina, Korea Selatan dan Nepal membuat protes agar Malaysia tidak disenaraikan dalam acara berkenaan.

Penyertaan Malaysia dalam acara antara regu lelaki sebelum ini, menjadi tanda tanya selepas Malaysia tidak tersenarai dalam acara yang menjadi sandaran emas itu, sebaliknya hanya disenaraikan dalam acara regu berpasukan dan beregu berpasukan.

Namun, Presiden Astaf Datuk Abdul Halim Kader semalam mengesahkan pendirian Astaf untuk kembali menyenaraikan Malaysia dalam acara antara regu demi memikirkan kesejahteraan sejagat dan hubungan muhibah negara-negara serantau.

Aksi pertama skuad negara akan bermula esok, dalam acara regu berpasukan menentang Thailand. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wong Janji Tingkatkan Infrastruktur Di Balakong

Next Post

Logo Baru, Satu Lawan Satu Dan Kerjasama PAS-UMNO

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

Next Post

Logo Baru, Satu Lawan Satu Dan Kerjasama PAS-UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd