• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Negara Bukan Halangan Perkasa Aset Negara

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Masalah hutang negara tidak akan menjadi halangan kepada Kementerian Pertahanan untuk terus berusaha memperkasakan aset pertahanan negara, tegas menterinya Mohamad Sabu.

Beliau berkata ini kerana kementerian tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan terutamanya di kawasan perairan negara.

“Selagi kita berupaya kita akan cuba perkukuhkan aset pertahanan kita, tetapi masalah kekangan kewangan itu realiti.

“Kita akan cuba melaraskan dalam kekangan kewangan ini untuk meningkatkan keupayaan keselamatan kita termasuk di perairan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri dialog bersama komuniti nelayan sekitar Sekinchan di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, anggota Parlimen Sungai Besar Muslimin Yahaya dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim.

​​​​​​​Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim baru-baru ini yang menyelar keputusan kerajaan meletakkan aset keselamatan secara berkala di Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Shahidan dilaporkan berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak sepatutnya menggunakan faktor kekangan kewangan sebagai alasan untuk mengurangkan aset keselamatan di kawasan sempadan perairan negara.

Sementara itu, Mohamad berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan bersama pihak berkuasa Indonesia berhubung isu penahanan bot nelayan tempatan.

“Isu penahanan bot ini bukan satu penyelesaian yang mudah, dari 2016 sehingga kini sebanyak 28 bot termasuk lima bot nelayan Sekinchan ditahan pihak berkuasa Indonesia (kerana menceroboh perairan Indonesia).

“Kita akan mengadakan rundingan berterusan bersama agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa di sana untuk memohon supaya bot nelayan Malaysia dikembalikan,” katanya.

Terdahulu kira-kira 100 nelayan sekitar Sekinchan yang hadir ke program dialog itu mengutarakan pelbagai masalah berkaitan termasuk memohon Kementerian Pertahanan membantu mengembalikan semula bot nelayan yang dirampas pihak berkuasa Indonesia. – BERNAMA

Tags: aset negaraMat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd