• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishamuddin Rais Dipanggil Beri Keterangan Kepada Polis

oleh
15/08/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merekodkan keterangan aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di blognya pada 6 Jun lepas.

Peguam Zaid Malek yang mewakili Hishamuddin, berkata anak guamnya itu diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 4 petang ini bagi membantu siastan berhubung artikel berkenaan.

“Proses merakam keterangan hampir dua jam itu berjalan dengan baik dan Hishamuddin sendiri telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.

“Beliau (Hishamuddin) diminta hadir berikutan terdapat satu laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh seorang lelaki dari Chembong Rembau, Negeri Sembilan, baru- baru ini,” katanya kepada pemberita sejurus proses memberi keterangan selesai.

Menurutnya, Hishamuddin disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Hishamuddin meminta agar kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang terkandung dalam manifesto mereka.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian saya akan berkempen dalam blog saya mengatakan kerajaan yang memerintah mungkir janji,” katanya.

Pada 6 Jun lepas, Hishamuddin didakwa telah memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Sultan Muhammad V di blognya, www.tukartiub.blogspot.com.

Bagaimanapun, pada keesokannya (7 Jun), Hishamuddin telah membuat laporan polis menafikan ada memuat naik artikel berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa blognya telah digodam. – BERNAMA

Tags: Hishamuddin Rais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Hishamuddin, Adam Adli Berada Dalam JKP?

10/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi IPT mempersoalkan bagaimana dua akitivis politik, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abd. Halim boleh dilantik...

Hishamuddin Hadir Beri Keterangan Isu Siasatan Fitnah

16/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais untuk memberi keterangan berhubung satu daripada artikel yang dimuat naik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd