• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD Tiada Vaksin, Perlu Kawal Penularan

oleh
08/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiada vaksin untuk mengubati penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), namun ibu bapa dan penjaga boleh mengawal risiko penularan virus berkenaan dengan mengambil langkah pencegahan termasuk sentiasa mengoptimumkan tahap kebersihan anak-anak.

Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr. Jiloris @ Julian Frederick Dony berkata ibu bapa dan penjaga perlu peka terhadap kebersihan dengan memastikan anak-anak mereka bersin dan batuk dengan cara betul supaya lelehan atau cecair keluar daripada tubuh badan tidak menjangkiti individu lain.

“Ibu bapa dan penjaga perlu melaksanakan ‘gatekeeping’ kepada anak-anak bermula dari rumah. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak membasuh tangan mengikut teknik yang sempurna supaya tangan sentiasa bersih terutama ketika makan.

“HFMD ini boleh menjangkiti orang dewasa, namun, kanak-kanak berumur antara 10 tahun ke bawah berisiko tinggi dijangkiti virus ini kerana mereka belum mempunyai sistem imuniti yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak, di sini hari ini.

Jiloris turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya mengasingkan anak-anak jika mengesan terdapat simptom virus itu pada mereka sekali gus memaklumkan perkara tersebut kepada pejabat kesihatan berhampiran untuk tindakan kawalan selanjutnya.

Pengendali pusat penjagaan kanak-kanak juga diingatkan agar meningkatkan tahap kebersihan kawasan premis dengan lebih kerap membersihkan kawasan sekitar serta alat dan barangan permainan kanak-kanak bagi mengelak risiko penularan virus tersebut, katanya.

Semalam, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata jumlah kes HFMD di negeri ini dilaporkan meningkat sebanyak enam kes kepada 2,611 daripada 2,605 kes dicatatkan pada 27 Julai lepas.

Antara daerah mencatat kes tertinggi ialah Kota Kinabalu (564); diikuti Beaufort (393); Penampang (258); dan Sandakan (221); selain sebanyak 24 sekolah dan Taska di seluruh Sabah masih ditutup berikutan penemuan kes HFMD di sekolah-sekolah berkenaan. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd