• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HDOK Diisytihar Hospital Bebas Sampah

oleh Cj Mnh
08/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan menjadi premis dan pejabat kerajaan yang ketujuh diisytiharkan “bebas sampah” di daerah ini menerusi program yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Sijil pengisytiharan Hospital Bebas Sampah itu disampaikan oleh Timbalan Presiden MPS Mohd Hamsan Awang Supaian kepada Pengarah HDOK Sandakan Dr Francis Paul di sini, hari ini.

Berucap pada majlis itu, Francis berkata syarikat Sedafiat Sdn Bhd yang mengendalikan kerja pembersihan di hospital tersebut banyak memberikan komitmen dan peranan penting kepada usaha menjadikan HDOK bebas sampah.

Katanya pihaknya bekerjasama rapat dengan Sedafiat dalam pengurusan sampah yang baik termasuk membabitkan sampah klinikal dan kimia.

“Berikutan jumlah pengunjung ke hospital seramai 1,000 orang setiap sehari sudah tentu terdapat cabaran untuk melaksanakan pengurusan sampah dengan baik, namun komitmen 1,600 warga kerja di HDOK dan petugas Sedafiat dapat menjadikan HDOK Bebas Sampah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hamsan berkata program bebas sampah di premis dan pejabat kerajaan yang dilaksanakan sejak enam tahun lepas merupakan antara kempen kesedaran kebersihan dilaksanakan di daerah itu membabitkan masyarakat.

Katanya program kesedaran turut dijalankan membabitkan restoran dan syarikat swasta menerusi pengasingan sisa pepejal dan sisa organik untuk diproses semula dan dijadikan baja organik.

Menurutnya langkah itu perlu bagi memastikan tapak pelupusan sampah di Batu 8 dapat digunakan bagi tempoh yang lama dengan mengawal jumlah sampah yang dibuang menerusi konsep 3R (Reuse, Reduce dan Recycle). – BERNAMA

Tags: BersihHospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd