• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Rumah Gen2 Felcra Changkat Lada Selesai

oleh
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Seramai 710 bakal pembeli projek Perumahan Generasi Kedua (Fasa 2) Felcra Changkat Lada di Seberang Perak di sini menarik nafas lega setelah tawaran harga bagi perumahan tersebut telah dikaji semula dan lebih munasabah.

Ini berikutan bakal pembeli telah mengadakan bantahan secara aman kepada pihak Felcra Berhad (Felcra) selepas menerima surat tawaran Taman Felcrajaya Seberang Perak Fasa 2 dengan dikenakan harga yang berbeza berbanding tawaran semasa pelancaran perumahan itu dua tahun lepas.

Wakil Badan Bertindak Anak-anak Peserta Felcra Generasi Kedua (Gen 2) Seberang Perak Sulaiman Nordin berkata hasil beberapa kali desakan, wakil Felcra sudi memberi komitmen berhubung isu tersebut.

“Alhamdulillah hasil desakan kita dapat juga kita mengadakan perbincangan bersama Felcra bagi mencapai kata sepakat berhubung harga jualan perumahan ini.

“Hasil penilaian kita daripada pembincangan itu maka kami sangat berpuas hati dengan hal ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama wakil Felcra di Pejabat Jualan Perumahan Generasi Kedua Felcra Changkat Lada di Seberang Perak di sini hari ini.

Sebelum ini para pembeli ditawarkan harga asal antara RM90,000 hingga RM133,00 mengikut empat kategori semasa ditemu duga oleh pihak Felcra namun terkejut apabila dimaklumkan harga meningkat sekali ganda antara RM128,888 hingga RM326,888.

​​​Sementara itu Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra, Mohd Fauzi Mohd Tahir berkata harga berkenaan diselaraskan selepas mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk wakil generasi kedua Felcra Seberang Perak.

“Pihak pengurusan sentiasa peka kepada keperluan suara hati anak-anak generasi kedua dan ekoran daripada itu kita telah tetapkan harga jualan selepas rebat bermula daripada RM115,888 sehingga RM214,888 untuk empat jenis rumah yang ditawarkan.

“Harga jualan tersebut adalah berdasarkan luas lot standard bagi kaki persegi untuk 710 unit buah rumah yang ditawarkan,” katanya yang menjangkakan penyerahan kunci rumah tersebut selewat-lewatnya pada November nanti.

Harga jualan berkenaan melibatkan RM115,888 seunit bagi jenis Dahlia (1,122 kaki) , RM140,888 seunit bagi jenis Cemara (1,212 kaki), RM169,888 seunit bagi jenis Bourgainvillea (1,389 kaki) dan RM214,888 seunit bagi jenis Allamanda (1,610 kaki).

Mohd Fauzi turut menjelaskan Felcra juga telah menubuhkan jawatankuasa pemilihan pembelian rumah jenis Cemara dan Dahlia untuk membincangkan kaedah terbaik dalam memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada anak-anak peserta yang berpendapatan bulanan di antara RM2,500 hingga RM3,500.

“Malah yuran guaman bagi urusan jual beli rumah ini juga adalah percuma di mana ia diserapi oleh Felcra selain memutuskan keutamaan membeli rumah diberikan kepada anak-anak peserta Felcra Seberang Perak lebih-lebih lagi mereka yang menetap dalam kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Felcra
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

10/08/2024
0

SHAH ALAM - Felcra Berhad menempelak dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia...

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

16/02/2023
0

Kuala Lumpur : Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd