• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Proton Bakal Naik Selepas SST

oleh
10/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Proton Edar Sdn Bhd menjangka harga kenderaan jenama tempatan akan meningkat sekitar RM1,500 hingga RM3,000 apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula September depan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa menasihatkan orang ramai membeli kereta itu sekarang, iaitu ketika dalam tempoh peralihan daripada kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada SST untuk menikmati penjimatan.

“Kita menjangka harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST, cuma angka tepat belum dapat dipastikan memandangkan kerajaan belum lagi mengumumkan mekanisme cukai ini.

“Pengiraan peningkatan harga ini (RM1,500-RM3,000) dibuat berdasarkan tindakan kerajaan terdahulu memperkenalkan GST bagi menggantikan SST di mana terdapat pengurangan dalam harga kereta Proton sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pada waktu itu.

“Justeru, apabila SST diperkenalkan semula, kami menjangka akan ada peningkatan harga dalam kuantum sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah program ‘Proton Wealth on Wheels (WOW) Challenge’ di sini hari ini. Abdul Rashid berkata, semua kenderaan Proton masih boleh ditempa memandangkan stok masih mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam tempoh peralihan sistem percukaian itu daripada kadar sifar GST kepada SST.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu memilih warna kereta dan varian sekiranya mahu kenderaan diserahkan kepada mereka dengan kadar segera.

WOW adalah program hasil kerjasama PROTON dan Grab Malaysia bagi memberi cabaran kepada pemandu perkhidmatan itu untuk menamatkan cabaran berdasarkan penggunaan bahan api dan perbatuan tertinggi.

Dipecahkan kepada tiga kategori iaitu kereta Proton Iriz, Saga dan Persona, setiap pemenang membawa pulang ‘baucar jualan’ untuk pembelian kereta Proton baharu bernilai RM6,888. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amalan Penyusuan Susu Ibu Di Kedah Meningkat

Next Post

Asrama SMA Maahad Al Islah Teluk Intan Terbakar

Related Posts

Lakukan Pemeriksaan 5-Mata Pada Kereta Anda

26/04/2020
0

SEJAK PKP dilaksanakan, kita mungkin secara tidak langsung mengabaikan kereta yang dimiliki kerana kita tidak dibenarkan untuk memandunya ke tempat...

Jualan Proton Melonjak 100% Pada Bulan November

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat...

Next Post

Asrama SMA Maahad Al Islah Teluk Intan Terbakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd