• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hantu Kak Limah Cipta Rekod Kutipan Sukar Ditandingi

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid mencatat sejarah dan rekod tersendiri dalam industri perfileman tempatan apabila dilaporkan mencatatkan kutipan lebih RM32.5 juta sejak mula ditayangkan 9 Ogos lalu sehingga kini.

Walaupun belum ada laporan rasmi berhubung kutipan daripada mana-mana pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) atau pihak pemamer (panggung wayang), tetapi angka lebih RM30 juta itu sudah menjadi viral dalam media sosial.

Kutipan filem Hantu Kak Limah terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu menjadi satu penanda aras yang sangat tinggi dan amat sukar untuk disaingi oleh mana-mana penerbit filem tempatan selepas ini.

Kutipan tertinggi sebelum ini adalah menerusi filem Abang Long Fadil 2 terbitan Skop Production yang ditayangkan pada tahun 2017 dengan menghasilkan pungutan RM18.15 juta.

“Sebenarnya saya sangat terharu dan terkejut dengan reaksi luar jangkaan dan sambutan penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang sehingga dapat mencatat kutipan sebanyak ini.

“Semestinya saya dan pihak Infinitus Gold, Astro Shaw dan Mamat sendiri rasa amat gembira yang filem Malaysia boleh mengatasi RM20 juta, sekaligus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih menyokong karya tempatan,” kata penerbit filem Hantu Kak Limah, Gayatri Su-Lin Pillai dari Infinitus Gold.

Beliau berkata, kemungkinan faktor yang membantu kutipan tinggi adalah Hantu Kak Limah sebagai filem untuk seisi keluarga dan pihaknya dapat maklum balas bahawa ramai ibu, bapa dan kanak-kanak suka dan terhibur menonton filem ini.

Katanya, ramai yang menonton Hantu Kak Limah berulang kali, malahan komedi dalam filem itu sangat universal bahasanya sehinggakan dapat diterima ramai termasuk, Singapura dan Brunei.

“Saya sendiri sangat suka filem berlatar kampung dan saya rasa penonton akan memberi sokongan kepada cerita yang dekat dengan hati mereka.

“Malah, mungkin penonton sudah kenal dengan “universe” Kampung Pisang dan ini menyebabkan mereka memberi reaksi positif kepada filem ini.

“Lebih menarik Hantu Kak Limah adalah penonton dari bandar kecil kepada bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh,” katanya.

Gayatri tidak menafikan nama Mamat Khalid itu sendiri turut memberikan kesan dan pengaruh besar terhadap filem ini kerana Mamat adalah seorang pengarah yang sudah ada peminat serta pengikutnya tersendiri.

Katanya, walaupun Hantu Kak Limah sebuah cerita komedi yang boleh disifatkans sebagai hiburan ringan, tetapi pembikinannya tidaklah semudah disangka.

“Kepada saya genre komedi adalah salah satu genre yang sangat susah untuk digarapkan.

“Pada saya, selain beliau (Mamat) sangat berpengalaman dari segi pengarahan, Mamat juga adalah seorang yang terkenal dengan karya yang memenuhi cita rasa dari pelbagai aspek yang pada dasarnya ada hiburan ringan, tetapi pada asasnya ada parodi dan satira yg ada subteks yang boleh dikupas,” katanya. – BH Online

Tags: catat sejarahHantu Kak Limah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ASW 2020 Agih Pendapatan 6 Sen Seunit

Next Post

Nabila Razali Tak Sedar Nyanyian Sumbang, Dah Lali Dikecam

Related Posts

Kak Limah ‘Hantui’ Seminggu Di MAPS

25/12/2018
0

UNIK... Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama dalam mengangkat naskhah...

Hantu Kak Limah Atasi Rekod Abang Long Fadil 2

21/08/2018
0

LARIS... Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, Hantu Kak Limah berjaya catat hasil kutipan sebanyak RM20.5 juta dalam tempoh...

Next Post

Nabila Razali Tak Sedar Nyanyian Sumbang, Dah Lali Dikecam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd