• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GP Austria Jadi Taruhan Hafizh, Adam

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Grand Prix (GP) Republik Czech menyaksikan Hafizh Syahrin Abdullah meneruskan penguasaannya dalam carta muka baharu terbaik manakala pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin mengakui melakukan kesilapan besar dalam kariernya.

Hafizh yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3 dalam kelas MotoGP menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 namun pencabar terdekatnya yang baru kembali cergas daripada kecederaan, Franco Morbidelli jelas memberi saingan.

Pelumba Itali dari pasukan EG 0,0 Marc VDS itu menamatkan 21 pusingan perlumbaan di tempat ke-13 sekali gus menyaksikan Hafizh hanya berada di puncak carta dengan perbezaan dua mata.

Justeru, Hafizh mengharapkan pusingan ke-11 musim di GP Austria, hujung minggu ini dapat membantunya untuk menjarakkan diri dengan Morbidelli.

“Saya mengumpul dua lagi mata dan ia masih tidak jauh dengan Morbidelli. Saya akan cuba melakukan perlumbaan yang baik minggu ini,” katanya yang mengumpul 24 mata

Sementara itu, pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Adam mengakui melakukan kesilapan yang menyaksikan dirinya gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan.

Adam yang memulakan perlumbaan dari petak ke-21 berjaya meletakkan dirinya dalam kelompok 15 terbaik yang menjanjikan kutipan mata namun atas kesilapan itu , dia gagal menamatkan 18 pusingan saingan di Sirkit Brno.

“Saya melakukan kesilapan bodoh dan saya rasa ia tidak cukup dengan hanya memohon maaf saja,” katanya yang setakat ini mengumpul 24 mata untuk berada di tangga ke-20 selepas 10 pusingan musim 2018.

“Saya melakukan permulaan perlumbaan yang baik dan kemudian dapat berada di posisi yang baik. Saya berusaha gigih dan berjaya berada di kedudukan ke-14.

“Kemudian pada baki dua pusingan terakhir, saya melakukan kesilapan paling besar, saya fikirkan ia adalah pusingan terakhir, jadi saya memperlahankan pendikit. Akhirnya saya hilang posisi dan saya memohon maaf kepada semua.

“Minggu ini kami mempunyai satu lagi perlumbaan dan saya mahu melakukan yang lebih lagi bagi menebus kesilapan yang dilakukan kepada pasukan. Saya tak mahu mengecewakan mereka sekali lagi. Saya akan cuba memberi lebih tumpuan dan cuba sebaik mungkin minggu ini.”

Dalam kelas Moto2, wakil negara yang bersama pasukan IDEMITSU Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi menamatkan saingan di tempat ke-20. – BH Online

Tags: Hafizh Syahrin AbdullahMoto3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rookie Terbaik: Hafizh Syahrin Hanya Ketinggalan Empat Mata

19/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah hanya ketinggalan empat mata untuk meraih gelaran ‘rookie’ (pelumba baru) terbaik...

Pelukan Ayah, Semangat Adam Bantu ‘El Pescao” Di Sepang

04/11/2018
0

SEPANG – Semangat keluarga dan pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd