• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah PH Akhirnya Dijawab Mereka Sendiri

oleh Haris
27/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FITNAH terhadap kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya lalu akhirnya terbukti dakwaan palsu, dan dinafikan oleh kenyataan pemimpin mereka sendiri.

Ini dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisan terbarunya menjelaskan tentang jumlah bangsa India tanpa taraf warganegara di Malaysia.

“Alhamdulillah, satu lagi fitnah Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

“Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin PH sebelum ini.

“Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu,” katanya dalam tulisan disiarkan di Facebook beliau itu.

Tegas Najib, walaupun telah berkali-kali dinyatakan angka sebenar, pihak PH mendakwa kerajaan BN menipu dan mengulangi angka yang salah yang didakwa melebihi 300,000 orang.

“Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin PH kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.

“Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

“Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin PH yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

“Dengan pendedahan kerajaan PH sendiri tentang jumlah kes yang sebenar, adakah mereka akan meminta maaf kerana telah ‘tersalah kira’ dua tempat titik perpuluhan?” katanya, menyindir helah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa tersilap memberi angka kerana kesilapan kedudukan titik perpuluhan. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKaum Indiapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd