• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FBI Siasat Motif Lelaki Curi Pesawat

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) hari ini menyiasat punca yang mendorong seorang kakitangan penerbangan untuk mencuri dan menerbangkan sebuah pesawat tanpa penumpang dari lapangan terbang Seattle sebelum ia terhempas.

Ia turut memaksa pihak berkuasa mengerahkan dua jet pejuang tentera udara jenis F-15 untuk menyiasat insiden itu.

Difahamkan, seorang kakitangan darat Horizon Air, mencuri masuk ke dalam pesawat jenis Bombardier Q400 turboprop Jumaat lalu di kawasan penyelenggaraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma dan berlepas, kata sekutu syarikat penerbangan Horizon, Alaska Airlines (ALK.N).

Dia terbang hampir sejam dalam keadaan tidak menentu seolah mencuba formasi lagak ngeri udara, sebelum terhempas di Pulau Ketron di Puget Sound, 40 kilometer di barat daya.

Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia 29 tahun yang belum dikenal pasti itu cuba membunuh diri dan bertindak bersendirian. Dia dipercayai terbunuh dalam nahas itu.

Ketua Eksekutif Horizon Air, Gary Beck berkata dalam satu sidang media, suspek mempunyai lesen penerbangan dan masih tidak dapat dijelaskan bagaimana dia mampu berlepas dan terbang seperti itu.

“Terdapat beberapa formasi yang sangat luar biasa dilakukan dengan pesawat itu. Pesawat komersial adalah mesin yang kompleks. Ia tidak semudah menerbangkan sebagai contoh Cessna 150, jadi saya tidak tahu bagaimana dia mempunyai pengalaman seperti itu,” kata Beck.

FBI akan mengetuai siasatan, termasuk Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

“Kami akan lebih teliti. Ini bermaksud kami akan mengambil masa yang diperlukan untuk meneliti kawasan itu, menyelidiki latar belakang individu yang dipercayai bertanggungjawab, dan mengkaji setiap aspek insiden ini dengan semua rakan kongsi awam dan swasta yang berkaitan,” kata FBI dalam satu kenyataan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: FBIpesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Beranak Rentung Kereta Bertembung Treler

Next Post

Jumlah Sitaan Wang Tunai Cecah RM1.47j – SPRM

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

Ketua NGO Dalam Senarai FBI: KDN Sedang Dapatkan Gambaran Tepat

19/02/2024
0

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin NGO Islam negara ini yang...

Next Post

Jumlah Sitaan Wang Tunai Cecah RM1.47j - SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd