• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCom Mahu “No Fly Zone” Untuk Dron Di ESSZone

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mahu Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diwartakan sebagai “no fly zone” (zon tiada penerbangan) untuk dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu selari dengan ESSZone yang juga diwartakan sebagai kawasan keselamatan.

“Saya mencadangkan kepada pihak tertentu supaya mewartakan ESSZone ini no fly zone untuk dron, kecuali kepada pasukan keselamatan atau pihak yang ada permit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum ini membenarkan penggunaan dron di bawah 3,000 dan 6,000 kaki mengikut kawasan tertentu di negara ini.

Hazani berkata, penggunaan dron perlu diharamkan di ESSZone kecuali bagi mereka yang memohon kepada pihak berkuasa termasuk DCA.

“Saya tidak mahu dron diterbangkan khususnya di kawasan pelaksanaan kawalan keselamatan seperti Road Check Point atau pos-pos kawalan.

“Dron banyak dikesan penggunaannya di laut ESSZone dan ini boleh mendedahkan kepada kawalan keselamatan ESSCom,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, kerajaan memiliki kuasa bagi di mana-mana kawasan di Malaysia sama ada udara, laut atau darat untuk melaksanakan penguatkuasaan dan mewujudkan kawasan larangan untuk UAV.

Hazani berkata polis turut mempunyai pakar UAV yang mampu memanggil ‘turun’ dron yang sedang diterbangkan.

“Pegawai polis ini mendapat pentauliahan daripada Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah,” katanya lagi.

Sementara itu, Hazani mendedahkan orang awam yang memiliki Air Gun dan membawanya ke tempat awam adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Air Gun bukan Toy Gun yang boleh dimiliki dan kalau beli serta guna adalah salah,” katanya. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszone
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Murid Melecur Ketika Amali Sains Bukan Kecuaian Guru

Next Post

Stok Minyak Sawit Naik 1.26% Pada Julai

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Next Post

Stok Minyak Sawit Naik 1.26% Pada Julai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd