• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Equanimity’ Mungkin Dijual – Guan Eng

oleh
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan merancang untuk menjual kapal layar mewah ‘Equanimity’ yang dilaporkan akan tiba di negara ini esok.

Menterinya Lim Guan Eng berkata kementerian berhasrat menjual kapal layar tersebut pada harga tertinggi agar Malaysia beroleh kembali kira-kira US$250 juta (RM1 bilion) – harga yang dilaporkan bagi kapal berkenaan.

“Kapal itu akan berada di bawah jagaan kerajaan Malaysia. Tugas kementerian ialah mendapatkan nilai terbaik bagi kapal tersebut.

“Jika kita biarkan begitu sahaja, setiap hari kita perlu bayar kos penyenggaraan dan aset itu juga akan merosot dan mengalami susut nilai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Lim berkata Peguam Negara Tommy Thomas akan menyediakan dokumen berkaitan agar kawalan sewajarnya dapat dikenakan ke atas kapal layar itu.

Lim juga berkata kapal layar mewah berkenaan akan dipamerkan kepada umum sebelum dijual.

“Kita harap orang ramai dapat melihatnya. Mungkin tidak keseluruhan kapal tetapi setidak-tidaknya sebahagian,” katanya.

Hari ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan ‘Equanimity’ yang dirampas oleh pihak berkuasa republik tersebut kepada Malaysia.

Kapal layar itu dilaporkan dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

Kapal itu disita di Bali pada Februari namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan kapal tersebut tidak harus dirampas dan perlu dikembalikan kepada pemiliknya. Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.

Kerajaan Indonesia dilaporkan bersetuju menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia. Kapal itu kini dipercayai dalam pelayaran ke negara ini. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd