• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Editor Sarawak Report Hadir Di mahkamah

oleh Cj Mnh
10/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPURv- Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau hadir bagi menghadiri prosiding permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah bagi menghalang media dan orang awam daripada membincangkan merit kes pecah amanah, salah guna jawatan dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Menurut pegawai yang menjaga kaunter pendaftaran media, Rewcastle-Brown yang tiba pada jam 9.15 pagi tidak datang ke kaunter di lobi mahkamah.

Beliau hanya dilihat berada di lobi dan berkemungkinan menaiki lif ke tingkat atas dan turun semula 10 minit kemudian.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dalam hujahan berkata komen orang ramai terhadap kenyataan disiarkan Peguam Negara, Tommy Thomas; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta artikel Sarawak Report adalah amat serius.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya mempersoalkan adakah mereka akan mendapat perbicaraan yang adil jika komen sedemikian dibenarkan berleluasa ketika kes pendakwaan terhadap anak guamnya sedang berlangsung.

“Ini adalah antara beberapa artikel yang sudah diterbitkan dan masih lagi disiarkan…Ada yang sudah dikenal pasti dan ada yang masih belum dikenal pasti.

“Malah ada yang memberikan komen yang tidak menyenangkan ketika saya sedang memberikan hujahan pada ketika ini… Adakah ini kelakuan yang kita hendak biarkan?” katanya.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya tidak menghalang laporan yang adil oleh pihak media sebaliknya apa yang dibangkitkan melalui permohonan itu adalah artikel atau komen yang boleh mempengaruhi keputusan kes dihadapi anak guamnya. – BH ONLINE

Tags: mahkamahSarawak Report
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Reman Petugas Syarikat Penerbangan

Next Post

‘Siti Kasim Bising, Enggan Berdialog’

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post

'Siti Kasim Bising, Enggan Berdialog'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd