• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sabah Lulus Peruntukan Pembekalan Tambahan Lebih RM92.3 Juta

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan perbekalan tambahan berjumlah RM592,310,727 untuk perbelanjaan pentadbiran kerajaan negeri pada tahun ini.

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama Tahun 2018 bagi tujuan itu yang dibentangkan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dalam persidangan DUN Sabah hari ini.

Ketika membentangkan rang undang-undang perbekalan berkenaan, Mohd Shafie berkata sebahagian besar daripada jumlah perbekalan itu iaitu RM334,879,850 diperlukan bagi tujuan pelarasan akaun untuk mematuhi peraturan perakaunan iaitu menyelesaikan Akaun Pendahuluan Diri sebanyak RM84,879,850 yang telah dibelanjakan.

Katanya RM250,000,000 lagi adalah untuk tujuan Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun Negeri.

“Ini bermakna, hanya RM257,430,877 sahaja yang sebenarnya melibatkan pengaliran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2018 ini.

“…Peruntukan tambahan terbesar yang melibatkan aliran wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2018 adalah sebanyak RM119,382,000 adalah bagi menampung keperluan mendesak vot-vot di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur meliputi perbelanjaan pembelian bekalan air atau ‘bulk supply rate’ dan pengendalian loji-loji air di seluruh negeri Sabah serta melunaskan pembayaran tunggakan kepada syarikat-syarikat konsesi air,” katanya.

Menurut Mohd Shafie, Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2018 berkenaan juga melibatkan penyediaan peruntukan sebanyak RM23,264,000 untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan sistem perparitan utama dan kerja-kerja pengairan dan saliran di seluruh negeri Sabah.

Katanya RM20,863,353 di peruntukan untuk pembayaran bil-bil utiiliti, RM23,000,000 untuk pembayaran perkhidmatan pengurusan fasiliti bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), RM10,943,400 untuk menampung pembayaran elaun ketua-ketua kampung dan selebihnya RM49,218,524 pula bagi membiayai perbelanjaan emolumen (tunggakan gaji, elaun lebih masa dan gantian cuti rehat) dan perbelanjaan pentadbiran pejabat seperti penyelenggaraan bangunan,kenderaan dan janakuasa serta perkhidmatan keselamatan. – BERNAMA

Tags: DUN Sabahperuntukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

06/10/2025
0

KOTA KINABALU - Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

DUN Sabah Terbubar Sendiri 11 November Ini – Speaker

DUN Sabah Terbubar Sendiri 11 November Ini – Speaker

06/07/2025
0

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 November ini sekiranya DUN tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd