• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Remaja 16 Tahun Mati Lemas Menjelang Aidiladha

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Kegembiraan dua remaja lelaki berusia 16 tahun dapat berkelah di Air Terjun Lubuk Kain, Kampung Syukur di sini berakhir dengan tragedi apabila mereka lemas ketika mandi-manda di kawasan air terjun itu.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, Muhammad Arif Haikal Amran dari Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Muhammad Hafiz Asran dari Kampung Pak Tuyu, Kuala Terengganu dikatakan datang ke situ bersama 13 rakan mereka bersempena cuti sekolah.

Difahamkan sebelum kejadian, Muhammad Hafiz telah terjun dari kawasan yang agak tinggi di situ sebelum dilihat terkapai-kapai lemas.

Muhammad Arif Haikal kemudiannya cuba membantu dengan terjun ke dalam air tetapi turut lemas dan dihanyutkan air.

Berikutan itu, rakan mangsa yang lain bergegas mendapatkan pertolongan daripada orang awam dan orang kampung dan gerakan mencari serta menyelamatkan kedua-dua mangsa dimulakan dengan segera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Jasrawi Awang berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 2.40 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota seramai enam orang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

“Ketika sampai di lokasi, kami dapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan ditemui oleh orang awam. Mayat mangsa pertama ditemui kira-kira 2 petang manakala mangsa kedua lima minit selepas itu.

“Mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Rampas Dadah Lebih RM12,000 Di Pendang

Next Post

Sukan Asia: Permulaan Positif Kem Memanah Negara Di Jakarta

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

Next Post

Sukan Asia: Permulaan Positif Kem Memanah Negara Di Jakarta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd