• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Halimah Ali Calon PAS Di PRK Seri Setia

oleh
16/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PAS menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 Sept ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, Dr Halimah yang juga merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang dipilih kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh di Selangor.

“Dr Halimah juga sudah beberapa kali hadapi pilihan raya dan menang selain beliau berpengalaman dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini sangat penting bagi wakil rakyat yang bukan kerajaan,” katanya di sini, malam ini.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu adalah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dan bekas calon BN bagi PRK DUN Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam.

Pada majlis itu juga, Abdul Hadi menyerahkan watikah pencalonan PAS kepada Dr Halimah, 58, yang juga merupakan Anggota Jawatankuasa PAS pusat. Sementara itu, Dr Halimah menyeru pengundi di kawasan DUN itu untuk keluar mengundi pada 8 Sept ini bagi memperkuatkan suara pembangkang di DUN Selangor.

Beliau berkata langkah itu perlu supaya suara rakyat boleh diketengahkan di DUN negeri sekali gus mampu mendesak Kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto mereka seperti mana yang dituntut rakyat.

“Selain itu, sepanjang waktu berkempen 21 hari ini saya akan berusaha turun padang bertemu seramai mungkin pengundi di DUN Seri Setia ini bagi mendengar suara hati mereka sendiri.

Saya mahu fokus menyelesaikan masalah rakyat terutama membabitkan masalah sosioekonomi sekiranya saya diberi mandat sebagai ADUN di sini,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau yakin PAS mampu memenangi PRK itu sekiranya beliau mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pengundi yang mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Penamaan calon bagi PRK itu akan berlangsung pada Sabtu ini.

PRK DUN Seri Setia merupakan PRK kedua diadakan selepas PRU ke-14 (PRU14), berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Shaharuddin daripada PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas Dr S. Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

BN sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia, sebaliknya memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calon pada PRK itu yang turut diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong. – BERNAMA

 

Tags: PRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

09/09/2018
0

SHAH ALAM - Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

Nik Abduh Ucap Tahniah Pada Jentera PAS, UMNO

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta semua yang membantu calon PAS dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd