• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara Tiga Bulan Kerana Petai

oleh Cj Mnh
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Dua sahabat termasuk seorang bekas anggota polis terpaksa merengkok di penjara selama tiga bulan selepas mengaku salah mencuri petai di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Saipul Rozman Romeli, 40, yang juga bekas anggota polis dari Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Nerus dan Mohd Faizal Ibrahim, 30, dari Kampung Lingai, Batu Rakit.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai buruh mengaku salah terhadap pertuduhan mencuri dan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Noradila mengarahkan hukuman berjalan dari tarikh hukuman dijatuhkan hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mencuri 96 keping petai di kebun milik Wan Ahmad Fadil Wan Mamat, 31, di Bukit Terap, Batu Rakit, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Saipul yang berbaju-T berbelang memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan mengalami patah kaki dan tulang rusuk.

Mengikut fakta kes, Wan Ahmad Fadil ke kebunnya pada petang kejadian sebelum ternampak seorang lelaki dikenali dengan nama Man sedang memungut dan mengikat petai di bawah pokok, manakala seorang lelaki masih berada di atas pokok petai.

Menyedari perbuatan mereka mencuri dihidu mangsa dan penduduk kampung itu, dua sahabat berkenaan kemudian cuba melarikan diri.

Namun, Mohd Saipul Rozman kemudian berjaya ditahan dan dibelasah penduduk kampung yang berang dengan perbuatannya menyebabkan dia mengalami patah kaki dan tulang rusuk.

Mohd Faizal kemudian ditahan oleh anggota polis kira-kira jam 6.15 petang di tepi jalan di Kampung Lingai dan turut merampas 96 keping petai. – BH Online

Tags: dipenjarapetai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd