• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

David Silva Umum Persaraan

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRI – Pemain tengah Sepanyol David Silva menyertai jejak langkah rakan sepasukan Andres Iniesta dan Gerard Pique bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Penyerang Manchester City berusia 32 tahun itu menjuarai Piala Dunia 2010, Kejohanan Eropah 2008 dan 2012 adalah tonggak pasukan ketika era kegemilangan Sepanyol.

Silva menjaringkan 35 gol daripada 125 perlawanan antarabangsa sejak 12 tahun lalu dan bekas jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque pernah menggelarkannya Lionel Messi Sepanyol.

Dia juga sebahagian anggota pasukan Sepanyol yang tersingkir mengejut dalam pusingan 16 terakhir di Piala Dunia lalu.

“Satu keputusan yang tidak mudah selepas melalui semuanya. Ia mengambil masa agak lama dan selepas beberapa pertimbangan saya tekad menamatkan tugasan bersama skuad Sepanyol,” kata Silva dalam Twitternya.

“Tanpa ragu ia salah satu keputusan paling sukar dalam karier saya. Skuad kebangsaan memberikan saya segalanya, sejak menyertainya di peringkat remaja sehingga berkembang menjadi pemain bola sepak yang dikenali ramai.”

Silva dibawa masuk menyertai skuad senior oleh Luis Aragones dan menyinar ketika membantu Sepanyol menjuarai Euro 2008, trofi kejohanan utama mereka sejak 1964. – AFP

Tags: BersaraDavid Silva
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula...

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd