• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daun Palas Jadi Tumpuan Ramai Di Alor Setar

oleh
19/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sambutan Hari Raya Aidiladha menjadi tidak lengkap tanpa ketupat daun palas yang menjadi sajian tradisi masyarakat di negeri ini.

Tinjauan di bandar raya ini mendapati, ramai peniaga mula menjual daun palas di tepi-tepi jalan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Bagi Mohd Yazid Mohamad, 41 dari Kampung Tandop Besar, Kuala Nerang, dekat sini, berkata, setiap kali musim perayaan, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke Alor Setar bagi menjual daun palas yang diperolehnya sendiri kerana mendapat permintaan daripada pengguna.

“Saya datang seawal pukul 7.30 pagi lagi dan orang ramai mula datang membeli daun palas yang masih segar , daun palas ini sering digunakan kerana ia tahan lama dan pulut yang dimasak di dalam daun palas berbau wangi dan membangkitkan selera, sebab itu ia menjadi pilihan utama penduduk negeri ini selain lemang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Yazid berkata, hampir 150 ikat daun palas palas dapat dijual dalam tempoh dua hari sejak semalam.

Katanya, setiap ikat daun palas itu mengandungi lima pucuk daun palas yang dijual antara RM3 hingga RM6 seikat.

“Luar musim perayaan saya jual ayam kampung dan buat kerja kampung, tetapi bila datang musim perayaan saya lebih suka jual daun palas kerana senang dijual dan menjadi sumber pendapatan utama walaupun tempoh masa tidak panjang,” katanya yang menjangkakan dapat menjual lebih 10,000 pucuk daun palas untuk sambutan kali ini.

Katanya, untuk mendapatkan daun palas, beliau perlu memasuki hutan untuk mencari pokok palas yang berduri dan seringkali terserempak dengan ular berbisa dan serangga seperti tebuan dan penyengat.

“Ada yang datang minta kurang, Janganlah macam tu sebab saya pernah disengat tebuan itu tak kira hampir dipatuk ular tedung dan ular kapak yang selalu berada di pangkal pokok palas, sebab itu daun palas laris dijual kerana bukan semua orang boleh mencari sendiri,” katanya.

Seorang pengguna, Mohd Nor Omar, 54 berkata, setiap kali hari raya, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan daun palas untuk dijadikan ketupat.

“Ketupat daun palas ini memang dah jadi tradisi orang tua-tua dulu dan kita ikut sampai ke hari ini, kerana ia sedap apabila dicecah gulai daging atau serunding,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aidiladhadaun palas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Laporan Pemandu Bas Rempuh Kenderaan Dipukul

Next Post

Hafiz Raih Kemenangan Sulung CP150 Di Temerloh

Related Posts

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

30/05/2024
0

Putrajaya : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala...

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

29/06/2023
0

Johor Bahru : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengurniakan 100 lembu sempena Aidiladha. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Besar Johor...

Next Post

Hafiz Raih Kemenangan Sulung CP150 Di Temerloh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd