• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tetap Mahu Perak Lulus Hak Milik Tanah 999 Tahun

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata kuasa untuk meminda perkara hal ehwal tanah adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada Majlis Tanah Negara (MTN).

“Saya merasakan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan dimana tanah-tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan Majlis Tanah Negara hanya memberikan nasihat, itu sahaja,” katanya selepas merasmikan majlis jualan amal membabitkan penyertaan lima buah sekolah rendah dan menengah Cina dalam Teluk Intan bertempat di Sekolah Menengah (SM) Persendirian San Min di sini hari ini.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu ketika dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini berkata kerajaan negeri tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Faizal berkata semakan dengan pihak Majlis Tanah Negara (MTN) iaitu Dasar Spesifik Mengenai Pemegangan Tanah Bagi Kawasan Kampung-Kampung Baru telah memutuskan bahawa tempoh pajakan atau ‘leasehold’ bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Menteri Besar itu menjelaskan lagi mesyuarat MTN Ke-53 pada 25 April 1997 menetapkan bahawa tempoh pajakan atau leasehold bagi kampung-kampung baru tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Dalam pada itu, Nga yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan berkata hak milik 999 tahun itu juga bukan isu kerana pihaknya akan memberikan hak milik kekal itu kepada semua bangsa melibatkan kampung tersusun, penempatan kaum India dan kampung baru.

“Saya ingin tekankan apabila kita berikan hak milik kekal, kita bagi kepada semua bangsa dan ini perlu ditegaskan… Jangan salah faham, ini bukan tanah baharu, ini adalah lot kediaman yang didiami oleh penduduk sebelum kemerdekaan sejak tahun 1948 iaitu waktu darurat, sudah wujudnya kampung baru

“Itu rumah mereka, takkan kita hendak rampas rumah rakyat? Cuma saya minta berikan hak milik, hak milik sememangnya ada, cuma dilanjutkan tempoh pajakan maka tak jadi isu,” katanya.

Sehubungan itu tegas Nga, pihaknya tidak meletakkan tekanan terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dalam memainkan peranan isu itu namun perkara itu ada dalam manifesto dan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan semua janji-janji itu. – BERNAMA

Tags: DAPPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd