• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Dr Ilyani Dihalang Bertugas, Pindah Tak Benar

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini menyangkal dakwaan kononnya seorang doktor yang tular di media sosial kerana membuat kenyataan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah dihalang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan bahawa doktor tersebut, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi telah dipindahkan dalam masa 24 jam ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya.

“Ini tidak benar dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat yang tular di media sosial hari ini yang mendakwa Dr Nur Ilyani telah disekat bertugas dan dipindahkan ke tempat lain.

Baru-baru ini, surat terbuka Dr Nur Ilyani kepada aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berkaitan isu LGBT yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya menjadi tular.

Susulan surat terbuka itu, beliau dikatakan telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam oleh satu kumpulan yang menggesa pegawai perubatan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh KKM.

Sementara itu, Dr Dzulkefly turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa surat terbuka yang ditulis Dr Nur Ilyani adalah pandangan peribadi pegawai perubatan berkenaan dan tidak mewakili mana-mana individu atau kumpulan.

“Saya sudah terangkan dulu dia (Dr Nur Ilyani) membuat kenyataan atas peribadi dia, telah saya nyatakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd