• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Polis Tahan Pasangan Suami Isteri

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan sepasang suami isteri susulan penemuan dadah jenis syabu dan ganja di kediaman mereka di Desa Mawar, Muadzam Shah di Rompin dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata dadah itu ditemui disembunyikan di bawah timbunan barang-barang terpakai dan di atas meja kecil ketika serbuan dilakukan pada pukul 10 malam oleh pasukan narkotik.

“Dadah syabu yang dianggarkan seberat 81.10 gram dan ganja seberat 2.24 gram itu dijumpai di dalam bilik tengah rumah tersebut. Semua dadah dianggarkan bernilai RM12,050.

“Berdasarkan siasatan awal, dadah itu dipercayai diperoleh dari Kuantan untuk dijual kepada penagih sekitar Muadzam Shah,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azli menambah suspek lelaki yang berusia 38 tahun dan tidak bekerja dipercayai terlibat mengedar sekitar dua bulan lalu, dan dadah yang ditemui hari ini boleh dijual kepada 80 hingga 100 orang penagih.

Suspek lelaki itu juga didapati mempunyai dua rekod lampau kesalahan dadah, selain positif dadah jenis methaphetamine, manakala isterinya yang berusia 31 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan negatif dadah.

Azli berkata mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: dadahpasangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd