• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan 2 Lelaki Tempatan Seludup Pati Gagal

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Cubaan dua lelaki tempatan untuk menyeludup masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke negara ini gagal apabila mereka ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah di Pantai Batu Bayar, Bayu Damai dekat Pengerang, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata kedua-dua lelaki masing-masing berusia 32 dan 42 tahun yang dipercayai merupakan tekong darat itu ditahan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Bayu Damai pada pukul 11.45 malam, Rabu.

Katanya daripada rondaan itu, polis turut menahan lima PATI Indonesia masing-masing tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 28 hingga 50 tahun dan merampas wang tunai sebanyak RM12,200, mata wang Rupiah (enam juta), sebuah telefon bimbit dan sebuah kenderaan mewah.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing berkaitan dadah dan penipuan.

“Kedua-duanya ditahan reman sehingga 12 Sept ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Sesyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran, manakala lima warga Indonesia berkenaan disiasat mengikut Sesyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1950/63 kerana tidak memiliki pas atau dokumen perjalanan sah,” katanya. – BERNAMA

Tags: rakyat tempatanseludup Pati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mat Sabu Enggan Komen Pendedahan Rafizi

Next Post

Mohamad Seru Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Bantu Turki

Related Posts

Bah Besar Ancam Selatan Thailand

Pemegang PLKS Tidak Dibenarkan Berkahwin Dengan Rakyat Tempatan

27/12/2023
0

Kuala Lumpur: Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan seperti yang dinyatakan mengikut Akta Imigresen...

Next Post

Mohamad Seru Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Bantu Turki

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd