• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Contohi Nabi Ibrahim Laksanakan Perintah Allah

oleh Haris
21/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI RAYA Aidiladha yang disambut umat Islam bersempena ibadah haji dan ibadah korban ialah satu bukti melaksanakan ajaran Islam sebagai satu-satunya agama yang benar, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam perutusan khasnya sempena Aidiladha, Abdul Hadi menjelaskan bahawa ibadah korban yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s itu merupakan satu perintah Allah agar umat Islam membuat kebajikan sesama manusia.

Menurutnya lagi, pada masa ini juga umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di Makkah sebagai menyahut seruan Allah.

Ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam, jelas Abdul Hadi, ialah perintah Allah yang sama sekali berbeza dengan penyembelihan yang dilakukan oleh penganut agama lain.

“Hari raya ini kita menyembelih binatang ternakan, melakukan ibadat korban yang tidak sama dengan sembelihan memuja syaitan yang diamalkan oleh penganut agama lain.

“Kita menyembelih kerana Allah dan membuat kebajikan sesama kita dengan perintah Allah,” jelasnya.

Abdul Hadi menggesa umat Islam mencontohi Nabi Ibrahim a.s yang melakukan korban seperti diperintahkan oleh Allah.

“Allah memerintahkan kita umat Nabi Muhammad s.a.w. mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim a.s. untuk menjadi seorang Islam yang sebenar-benarnya, bukan sahaja melakukan ibadat haji dan korban bagi mereka yang berkemampuan.”

“Allah menegaskan Islam sahaja agama Allah, bukan agama dan ajaran yang lain termasuk yang diciptakan oleh akal manusia.”

Dalam perutusan khas itu, Abdul Hadi turut menggesa umat Islam mengeratkan kasih sayang dan persaudaraan Islam demi keberkatan hidup.

“Jadikanlah hari raya ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengeratkan lagi kasih sayang dan semangat persaudaraan Islam yang membawa berkat kepada kehidupan di dunia dan keselamatan di Hari Akhirat,” tegas Abdul Hadi lagi. – Mynewshub.tv

Tags: AidiladhaDatuk Seri Abdul Hadi Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 Kepada Asnaf MAIWP

30/05/2024
0

Putrajaya : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala...

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

Sultan Johor Kurnia 100 Lembu Korban Sempena Aidiladha

29/06/2023
0

Johor Bahru : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengurniakan 100 lembu sempena Aidiladha. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd