• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEP Belum Dibubar

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak akan dibubarkan lagi kerana khidmatnya masih diperlukan.

“Tidak. Ia tidak akan (dibubarkan). Mereka sangka sudah sampai tempohnya untuk dibubar tetapi saya belum buat keputusan.

“Saya tak pernah cakap tempoh CEP adalah 100 hari, saya masih perlukan khidmat mereka,” beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), salah sebuah hospital pakar swasta di sini yang mengkhusus rawatan jantung dan vaskular, hari ini.

Dr Mahathir, bagaimanapun berkata beliau kurang pasti berapa lama lagi khidmat CEP diperlukan untuk membantu kerajaan.

“Saya tidak tahu (berapa lama lagi CEP akan wujud), saya fikir mungkin sehingga semua masalah selesai. Saya sendiri tak mampu melakukan tugas yang dilakukan mereka,” kata beliau.

CEP ditubuhkan pada 12 Mei oleh Dr Mahathir untuk menjadi penasihat ekonomi, kewangan dan hal-hal lain. Ketika ditubuhkan dahulu, banyak laporan menyebut ia ditubuhkan untuk tempoh 100 hari sahaja.

Lima pakar terkemuka yang menganggotai majlis itu ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Terdapat dua jawankuasa di bawah pengawasan CEP iaitu Jawatankuasa Reformasi Institusi dan jawatankuasa menyiasat skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) . – BERNAMA

Tags: CEPTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SMEX 2018 Platform Luaskan Jaringan Perniagaan Malaysia & China

Next Post

Jangan Guna Tandas Kami, Jangan Rampas Hak Kami

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

Next Post

Jangan Guna Tandas Kami, Jangan Rampas Hak Kami

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd