• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boling Wanita: Korea Selatan Hancurkan Impian Emas Malaysia

oleh
24/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Korea Selatan menghancurkan impian Malaysia untuk merangkul pingat emas dalam acara boling berpasukan wanita dengan enam anggota, memaksa skuad negara mengakhiri pertandingan di tempat kedua, di Pusat Boling Jakabaring, di sini hari ini.

Skuad negara yang terdiri daripada Shalin Zulkifli, Sin Li Jane, Esther Cheah, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Natasha Roslan gagal unhtuk mengakhiri kemarau emas selama 12 tahun dalam acara itu dan hanya mendapat perak menerusi 8,149 jatuhan pin.

Pasukan Korea Selatan diwakili Baek Sungja, Han Byul, Kim Hyun Mi, Lee Yeonji, Ryu Seoyeon dan Lee Nayoung memperoleh emas dengan kelebihan 189 mata dengan 8,338 jatuhan pin.

Chinese Taipei yang diwakili Pan Yu-Fen, Chou Chia-Chen, Tsai Hsin-Yin, Chang Yu-Hsuan, Wang Ya-Ting dan Huang Chiung-Yao membawa pulang gangsa dengan 7,969 jatuhan pin.

Terdahulu dalam blok pertama tiga permainan, Malaysia, Juara Dunia Las Vegas 2017, di kedudukan kedua dengan 4,024 jatuhan pin, 67 mata di belakang Korea Selatan.

Mereka mampu mengurangkan jurang mata kepada 17 pin dalam permainan keempat, tetapi Korea Selatan mempamerkan kehebatan mereka apabila terus mendahului sehingga ke akhir permainan.

Malaysia hanya meraih emas sekali dalam acara berpasukan (dahulunya dianggotai lima pemain) semasa Sukan Asia 2006 di Doha, yang mana Esther dan Shalin adalah dua pemain yang masih kekal di dalam skuad itu , sementara dalam edisi 2010 di Guangzhou, China, Malaysia hanya membawa pulang gangsa.

Pada Rabu, trio wanita negara terdiri daripada Esther, Syaidatul Afifah dan Siti Safiyah Amirah merangkul emas pertama mereka untuk Malaysia dalam Sukan Asia dengan mengakhiri kemarau 24 tahun dalam acara itu di venue yang sama pada hari pertama pertandingan.

Semalam, trio lelaki Malaysia – Rafiq Ismail, Timmy Tan Chye Chern dan Ahmad Muaz Mohd Fishol, memperoleh perak.- BERNAMA

Tags: bolingSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Boling Pertama Negara Muncul Juara Dunia

01/12/2018
0

TAHNIAH... Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail melakar sejarah apabila muncul juara acara perseorangan lelaki di Kejohanan Boling Lelaki Dunia...

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd