• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bil Air Naik Kadar Luar Biasa

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih lima buah keluarga di Pantai Dalam dan Bukit Jalil, di sini terkejut apabila menerima penyata bil air yang didakwa melambung sehingga tiga kali ganda berbanding kadar biasa.

Seorang pengguna, Mohamad Nabil Shamsudin, 24, berkata, bil air rumah yang disewanya di Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam biasanya dalam lingkungan RM17 sebulan namun meningkat secara mendadak kepada RM40.85 pada bulan ini.

“Sangat terkejut kerana ini kali pertama menerima bil yang sangat mahal. Pada mulanya saya sangkakan ada tunggakan tetapi selepas disemak beberapa kali, rupanya tiada tunggakan dan itu adalah kadar semasa yang perlu dibayar.

“Saya musykil mengapa bayaran naik mendadak sedangkan penggunaan air saya dan rakan-rakan hanya pada kadar biasa.

“Saya telah membuat aduan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini dan berharap mereka dapat membuat pemeriksaan secara terperinci dan memperbetulkan sebarang kesilapan bacaan jika ianya berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pengguna, Syamimi Hazira Mohamad Saadom, 27, berkata, dia sekeluarga turut menghadapi masalah sama apabila menerima penyata bil air pada bulan lalu yang berjumlah RM60, peningkatan sebanyak 300 peratus berbanding biasa.

Katanya, jumlah bil air untuk bulan-bulan sebelumnya di Pangsapuri Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Bukil Jalil adalah antara RM13 hingga RM15 sebulan.

“Saya telah membuat aduan kepada Syabas dan telah diarahkan membuat pemeriksaan meter dan paip di dalam kawasan rumah untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.

“Selepas diperiksa, didapati tiada sebarang kebocoran dan untuk mengelak daripada berlaku permasalahan sama, kami sekeluarga menutup pili air utama setiap kali selepas menggunakan air.

“Isu ini sangat dikesali kerana bukan saya sahaja yang menjadi mangsa malah beberapa lagi penduduk di sini turut mengalami masalah sama,” katanya.

Menurut Syamimi Hazira, bil itu bagaimanapun telah dijelaskan namun dia berharap hal yang sama tidak berulang pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tags: bil airmendadak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Rakam Pekerja Air, Rupanya Tunggakan Bil Punca Bekalan Dipotong

Video Tular Lelaki Rakam Pekerja Air, Rupanya Tunggakan Bil Punca Bekalan Dipotong

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki yang mengaku dirinya peguam memarahi dan merakam...

PKP: Tunjuk Bil Air, Elektrik Pada Situasi Meragukan

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Arahan kepada pengguna jalan raya untuk menunjukkan bil air dan elektrik sebagai bukti mereka tinggal di sesuatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd