• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bernas Sedia Bantu Kurang Kadar Pemotongan Padi

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sedia memberi khidmat nasihat dalam usaha membantu mengurangkan kadar pemotongan dan pemutuan padi dalam kalangan petani.

Ketua Divisyen Operasi Beras Tempatan Bernas Mohamad Solhi Mohd Salleh berkata pemotongan pemutuan padi pada masa ini perlu dilaksana bagi memastikan padi yang diterima daripada pesawah adalah kualiti terbaik.

“Antara rungutan paling banyak kita dengar daripada petani ialah jumlah pemotongan yang tinggi tetapi kualiti padi banyak bergantung kepada proses prapenuaian.

“Kita akan buat penerangan bagi meningkatkan kesedaran petani mengenai peningkatan kualiti tanaman dan hasil padi menerusi amalan pertanian yang baik,” katanya pada sidang media selepas membawa petugas media meninjau Kilang Pemprosesan Padi Bernas di Simpang Kangkong di sini hari ini.

Petugas media dibawa melawat kilang itu yang mempunyai kapasiti mengilang lima metrik tan padi setiap jam dan mampu menempatkan 6,000 metrik tan padi di gudangnya.

Mohamad Solhi berkata purata pemotongan pemutuan padi ketika ini adalah sekitar 25 peratus dan dianggap tinggi oleh petani, namun ia ditentukan oleh kelembapan, kekotoran, kematangan dan juga kerosakan padi.

“Tugas kita tidak berhenti setakat pemotongan, kalau ada masalah kita akan turun ke sawah untuk menyiasat dan buat laporan ringkas untuk diberi kepada kementerian. Jadi dari situ kementerian akan tahu masalah yang berlaku.

“Walaupun itu bukan tanggungjawab utama Bernas tapi kita ambil peranan tersebut untuk bantu petani bagi memastikan hasil padi yang dikeluarkan mereka berkualiti,” katanya.

Katanya sejumlah 1.67 metrik tan padi dihasilkan di seluruh negara, melibatkan kawasan penanaman seluas 205 ribu hektar. – BERNAMA

Tags: BERNAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

‘Pesawah Terima Bayaran RM10 Juta Dari Bernas Mulai Januari’

31/12/2022
2

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan dibayar secara berperingkat pada Januari ini, kata...

Kerajaan Kaji Buka 30% Monopoli Bernas

17/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji antara lain untuk membuka monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sebanyak 30 peratus pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd