• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Anggota Majlis MBPJ Calon PH Dun Seri Setia

oleh
17/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) menamakan bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar sebagai sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 Sept ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengumumkan perkara itu berkata Halimey, 46, merupakan anak tempatan.

“PRK DUN Seri Setia kali ini akan menggunakan buat pertama kali logo rasmi Pakatan Harapan. Saya minta pengundi DUN Seri Setia sekali lagi memberi peluang kepada calon kita dalam PRK ini,” katanya ketika mengumumkan calon PH di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dr Wan Azizah berkata terdapat 53,492 pengundi di DUN Seri Setia.

Halimey yang sudah berumahtangga dan mempunyai tiga anak serta dibesarkan di Kampung Lindungan di bawah DUN Seri Setia itu merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Bekas Timbalan Setiausaha PKR Selangor itu yang berkelulusan Diploma Pengurusan Profesional mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan upacara dan protokol majlis rasmi kerajaan dengan menjadi pengacara untuk pelbagai majlis.

Semalam, PAS menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor Dr Halimah Ali sebagai calon mereka bagi PRK itu.

PRK DUN Seri Setia merupakan PRK ketiga diadakan selepas PRU ke-14 (PRU14), berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.

Pada PRU14, 9 Mei lalu, Shaharuddin daripada PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif (BN), Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas Dr S. Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

BN sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia sebaliknya memberi laluan kepada PAS meletakkan calonnya pada PRK itu yang turut diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong yang juga PRK kedua selepas PRU14.

Pada 4 Ogos lalu, PRK pertama melibatkan DUN Sungai Kandis, juga di Selangor, menyaksikan PH mempertahankan kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru berdepan BN dan calon Bebas.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu. – BERNAMA

Tags: PRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laluan Baharu Bangkok-KK AirAsia Akan Tingkatkan Pelancongan

Next Post

Promosi Makanan Guna Bahan Berbahaya Satu Kesalahan

Related Posts

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

09/09/2018
0

SHAH ALAM - Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

Nik Abduh Ucap Tahniah Pada Jentera PAS, UMNO

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta semua yang membantu calon PAS dalam Pilihan...

Next Post

Promosi Makanan Guna Bahan Berbahaya Satu Kesalahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd