• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Tetak Anak Didakwa Membunuh

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang bapa yang menetak anak lelakinya berusia lima tahun menggunakan parang sehingga maut di sebuah rumah di Flat Puchong Permai minggu lalu, di dakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Mohd Faih Rifin, 36, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Tertuduh yang juga Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu tenang dan hanya tunduk di dalam kandang tertuduh serta mengangguk faham.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Muhammad Waiz Wazzini di No A11-4-40 Blok 11A Flat Puchong Permai 1/6 , Taman Puchong Permai, Subang Jaya, jam 2.30 hingga 5.30 petang pada 14 Ogos lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Oktober ini sebagai sebutan semula kes bagi laporan forensik dan perubatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Mohamad Firdaous Mohamed Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Media melaporkan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya dalam kejadian di rumah di Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu rumah mereka di tingkat empat flat berkenaan sebelum suspek menetaknya sebanyak tiga kali dengan parang.

Lelaki itu mengaku membunuh anaknya selepas mendakwa mendengar suara ghaib menyuruhnya berbuat demikian dan siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). – BH ONLINE

Tags: anakBapakes tetak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

622 Pekerja Diberhentikan Di Perak Menerima Faedah Interim SIP

Next Post

7 Pelajar Kolej Swasta Ditahan Kes Dadah

Related Posts

‘Sekelip Mata Dua Anak Saya Ditarik Ombak…’

‘Sekelip Mata Dua Anak Saya Ditarik Ombak…’

03/06/2025
0

MERSING: Apa yang bermula sebagai perkelahan keluarga menjadi kenangan paling memilukan bagi seorang wanita apabila dua anaknya lemas dihanyutkan ombak,...

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Next Post

7 Pelajar Kolej Swasta Ditahan Kes Dadah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd