• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayu Pihak Berkuasa Bantu Bawa Pulang Anak Perempuannya

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari rumahnya di Kampung Hujung Repek di sini sejak lebih tiga bulan lalu dan disyaki dilarikan oleh seorang lelaki, kini dipercayai berada di selatan Thailand.

Bapa remaja terbabit, Mohd Samuddin Mat Salleh, 50, berkata Mirsya Saffiyah yang hilang dari rumah pada 26 April lepas, ada menghubunginya pada 25 Julai lalu menggunakan nombor telefon negara jiran tersebut.

“Panggilan itu sekejap sahaja tidak sampai seminit memberitahu dia mahu pulang ke rumah tetapi tidak tahu dia berada di mana sebelum panggilan terputus. Semakan ke atas nombor telefon tersebut mendapati ia dari wilayah selatan Thai,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, hari ini.

Mohd Samuddin yang juga seorang guru, berkata suspek yang berusia 19 tahun itu mengenali Mirsya Saffiyah ketika anaknya berada di tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini.

“Suspek pernah melarikan anak saya pada 2016 namun dengan bantuan pihak polis, anak saya berjaya ditemui semula,” katanya.

Katanya kali terakhir dia dan isteri yang juga seorang jururawat melihat anak mereka itu ialah pada hari kejadian sebelum mereka berdua keluar bekerja manakala seorang lagi anak mereka ke sekolah.

“Pada hari kejadian anak saya berada sendirian di rumah kerana membuat persiapan untuk mendaftar masuk ke kolej vokasional dan kami mengesyaki lelaki berkenaan datang ke rumah untuk melarikan anak saya dan membawanya ke selatan Thai untuk berkahwin. Selain itu kami juga mendapat maklumat lelaki berkenaan mempunyai anggota keluarga yang berasal dari sana,” katanya.

Sebaik menyedari kehilangan anaknya itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok serta menemui Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan bagi meminta bantuan polis mengesan dan membawa pulang anak gadisnya.

Mohd Samuddin juga meminta Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta orang ramai membantu mengesan dan membawa pulang anaknya itu.

Polis pada Jun lalu dilaporkan berkata mereka sedang mengesan remaja lelaki berusia 19 tahun, dikenali sebagai Mohd Edry Farhan Suding dari Kampung Gelang Gelonggong, Beris Lalang, Bachok bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mengetahui atau menemui kedua-dua remaja terbabit boleh menghubungi talian 09-7788222 atau menghubungi Insp. Nazri Mohamad di talian 016 555576 untuk menyalurkan maklumat. – BERNAMA

Tags: anak hilangselatan thai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

17 Kes Cedera Akibat Main Mercun, Bunga Api Di Kelantan

‘Siapalah Simpan Dia, Polis Cari Memang Tak Ada…’ – Ibu Bimbang Anak 9 Hari Hilang

09/04/2024
0

MELAKA: Hati ibu mana tidak bimbang, tertekan dan buntu apabila anak perempuan yang keluar rumah sembilan hari lalu, masih belum...

Bapa Tak Pulang Rumah Sejak Anak Hilang

Bapa Tak Pulang Rumah Sejak Anak Hilang

24/03/2023
0

ROMPIN: Sejak 22 hari lalu, Zailan Abd Mani, 49, tidak pernah pulang ke rumahnya, iaitu sejak hari pertama anak perempuannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd