• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan SOSMA Beri Tempoh 3 Bulan

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin, dikatakan meminta 118 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Penjara Sungai Buloh untuk memberikan kerajaan tempoh tiga bulan berkaitan keputusan untuk memansuh akta itu atau sebaliknya.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata Hanipa juga menerima dokumen daripada setiap tahanan berkenaan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Katanya, jika Hanipa gagal mengotakan janjinya, tahanan itu yang mogok lapar selama tiga hari berakhir Ahad lalu, akan kembali berbuat demikian sebagai isyarat jelas kepada gesaan penyelesaian isu berbangkit.

“Himpunan mogok lapar pada masa hadapan di pekarangan penjara itu akan dianjurkan secara besar-besaran dengan disertai ribuan ahli keluarga tahanan dari seluruh negara. Sebelum ini, himpunan itu hanya ratusan yang datang, kita jangka selepas ini lebih meriah.

“Kita harap tiada keperluan untuk berbuat demikian, saya dapat tahu janji itu daripada ahli keluarga tahanan itu selepas mereka dibenarkan masuk untuk melawat di penjara itu.

“Kita harap isu ini akan berakhir dengan khabar gembira, tahanan itu dapat dilepaskan dan semua tuduhan berkait mereka digugurkan,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Kelmarin, Mohd Ridzuan sertai lebih 100 ahli keluarga tahanan SOSMA berhimpun di hadapan penjara itu sebelum tahanan itu dipujuk Hanipa untuk menghentikan mogok lapar.

Sabtu lalu, NSTP melaporkan kerajaan sedang meneliti cadangan pemansuhan SOSMA melalui jawatankuasa yang dibentuk.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, berkata jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk badan bukan kerajaan (NGO), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Jabatan – Peguam Negara itu sudah beberapa kali bermesyuarat. – BH Online

Tags: banduan SOSMAmansuh akta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kematian Jurutera Tiada Unsur Jenayah

Next Post

Penantian 24 Tahun Emas Antara Regu Malaysia Berakhir

Related Posts

No Content Available
Next Post

Penantian 24 Tahun Emas Antara Regu Malaysia Berakhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd