• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baju Bodo Saloma Diberi Nafas Baharu

oleh
16/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.

Kata Siti Haslinda Abdul Hamid, 63, atau lebih dikenali sebagai Shasha, bagi mempopularkan semula busana itu, beliau membuat rekaan berdasarkan ciri fesyen tersebut dengan sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan generasi masa kini.

“Allahyarham Saloma (ibu saudara) menjadi insiprasi saya dan dia sangat meminati fesyen dan salah satu busana pilihannya adalah baju bodo yang merupakan pakaian tradisional Bugis.

“Baju bodo ini menggunakan kain yang jarang selain bahagian hujung kain perlu dipegang si pemakai dan saya perlu mengubahnya ikut kesesuaian fesyen masa kini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Siti Haslinda ialah anak seniwati legenda Allahyarham Mariam Ismail yang lebih dikenali Mariani, iaitu kakak Saloma atau nama sebenarnya Salmah.

Shasha berkata ketika ini beliau perlu melalui beberapa peringkat pengubahsuaian agar ia mudah di pakai dan kemas sebelum boleh memasarkan di pasaran tempatan.

Muzium yang dibuka bermula hari ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui tentang sejarah perkembangan kawasan Sintok, UUM, sistem pengurusan Islam selain turut mempamerkan koleksi barang milik seniwati Mariani dan seniman Tan Sri Dr Jins Shamsudin.

Turut dipamerkan ialah Pedang Laksamana Cheng Ho, topi perang di zaman Khulafa Al-Rasyidin serta pedang sahabat setia Nabi Muhammad S.A.W iaitu Muaz Bin Jabal. – BERNAMA

Tags: Saloma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fazrul Sham Optimis Bangkit Di Temerloh

Next Post

Jimat RM38.5 Juta Setahun Dengan Bubar SPAD

Related Posts

Google Papar ‘Doodle’ Khas Hargai Biduanita Saloma

26/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Google Malaysia hari ini meraikan pelakon, penyanyi dan ikon fesyen legenda Malaysia-Singapura Allahyarham Saloma menerusi paparan doodle...

Next Post

Jimat RM38.5 Juta Setahun Dengan Bubar SPAD

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd