• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Rasuah’ Jadi Alasan Batalkan BR1M

oleh Haris
26/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong kenyataan perdana menteri semalam, mengatakan pemberian bantuan kewangan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mesti dihentikan.

Menurut Azmin, bantuan itu perlu dihentikan kerana terdapat unsur korupsi padanya.

Azmin berkata keputusan mengurangkan bantuan secara beransur-ansur dan menghentikannya ialah satu keputusan yang tepat.

“Pemberian wang tunai seperti ini mesti dihentikan kerana ia dianggap rasuah bermotif politik untuk mendapatkan sokongan,” katanya kepada media hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berkata pada Sabtu yang BR1M akan dikurangkan secara berperingkat dan kemudian dihentikan sepenuhnya.

Kenyataan Azmin ini boleh dilihat sebagai satu sokongan beliau untuk Mahathir ekoran pengumuman yang tidak disambut baik itu.

Azmin dianggap tokoh kepercayaan Mahathir pada masa ini, dan didakwa terlibat dalam politik dalaman melibatkan pergelutan kuasa PKR.

Kedudukan Azmin dalam kerajaan PH dan partinya PKR semakin kukuh ekoran pelantikannya sebagai seorang menteri kanan dalam Kabinet Mahathir.

Pengumuman Mahathir itu bertentangan dengan janji PH sebelum pilihan raya umum lalu.

BR1M, bantuan inisiatif kerajaan Barisan Nasional diubah nama kepada Bantuan Sara Hidup selepas PH berkuasa.

PH semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berjanji menghapuskan tol dan meneruskan bayaran BR1M, janji yang dilihat dibuat semata-mata untuk mendapat undi.

PH menjadikan janji menghapuskan GST dan memansuhkan kutipan tol sebagai janji-janji utamanya sepanjang kempen PRU14. – Mynewshub.tv

Tags: BR1MDatuk Seri Mohamed Azmin AliTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berseluar Dalam Bikini Di KK, Adakah Sabah Sangat Panas?

Next Post

Tok Non Meninggal Dunia

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

Next Post

Tok Non Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd