• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Awang Terganggu Laporan Akhbar

oleh
09/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang hari ini memberikan penjelasan terhadap beberapa kekeliruan berhubung usahanya melayakkan diri menyertai acara keirin dan pecut pada kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pelumba berusia 30 tahun itu, menerusi akaun Instagramnya @azizulawangofficial, melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Abu Samah Abdul Wahab dan artikel yang ditulis seorang wartawan sukan sebuah akhbar tempatan bertajuk, ‘Azizulhasni sukar ke Olimpik 2020’ yang disiarkan pada 5 Ogos.

Beliau berkata beliau sedia maklum bahawa untuk perlumbaan trek, kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah berdasarkan kedudukan lapan teratas bagi pasukan pecut negara.

“Negara itu akan mendapat dua tempat bagi kedua-dua acara keirin dan pecut…negara yang tidak mempunyai pasukan pecut yang kuat boleh melayakkan diri menerusi kelayakan individu di mana tujuh negara berikutnya (selain daripada lapan pasukan pecut teratas) akan mendapat satu tempat masing-masing bagi kedua-dua acara tersebut.

“Kelayakan individu (di luar kelayakan pasukan pecut) akan melayakkan mereka mendapat tujuh tempat untuk acara pecut dan tujuh tempat bagi acara keirin. Jika anda mendapat tempat bagi acara keirin, anda secara automatik juga akan mendapat tempat untuk acara pecut dan begitulah sebaliknya.

“Keseluruhannya terdapat 30 tempat untuk acara keirin dan pecut di mana 14 tempat adalah dari individu dan 16 tempat dari pasukan pecut,” kata Azizulhasni dalam catatan Instagram beliau.

Azizulhasni kurang gembira apabila Abu Samah memberitahu sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, bahawa peluang beliau untuk mendapat tempat dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah sukar sekiranya syarat kelayakan mengambil kira kedudukan ranking dunia, di mana mata yang dikutip oleh Azizulhasni jauh tertinggal di belakang.

“Jadi kepada penulis berkenaan dan presiden itu, jika kita keluarkan negara-negara yang pasukan pecutnya kuat seperti New Zealand, Belanda, Rusia, Great Britain, Jerman dan Australia, peluang saya dan Shah Firdaus untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020 bukan sahaja boleh dicapai bahkan kemungkinan besar akan dicapai.

“Ini berdasarkan pencapaian semasa kami (perlumbaaan dan masa) dan prestasi kami yang konsisten dalam pertandingan,” tambah Azizulhasni.

Pelumba kelahiran Dungun itu berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Abu Samah pada 8.58 malam semalam, untuk menjelaskan kepada beliau mengenai perkara itu.

Azizulhasni berkata beliau terkejut apabila Abu Samah memberitahunya dalam perbualan telefon itu mengenai usaha MNCF untuk mencari dana dan penajaan bagi penganjuran sekurang-kurangnya tiga perlumbaan Grand Prix di Velodrom Nasional Malaysia Nilai untuk membantu Azizulhasni melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Ini selepas propaganda disiarkan di akhbar. Saya faham bahawa tujuan utamanya di sini adalah MNCF perlu mencari dana untuk membiayai sesuatu pertandingan anjurannya tetapi kenapa mengelirukan orang ramai dengan maklumat yang tidak benar? Kenapa jadikan saya sebagai alat untuk mendapatkan wang ? Buruk benar perangai anda.

“(Kepada) Kedua-dua penulis dan presiden berkenaan, anda semua tahu di mana hendak menghubungi saya dan jurulatih saya 24/7 (24 jam sehari setiap hari) dan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda tetapi malangnya anda memilih untuk tidak dibantu…Kita semua tahu MNCF kini kekeringan dana selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghentikan permberian peruntukan. Hentikanlah segala kekarutan ini,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Benci Cintaku Disambung?

Next Post

Alahai Mat Sabu Bocor Rahsia ATM Terlemah Di ASEAN

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Alahai Mat Sabu Bocor Rahsia ATM Terlemah Di ASEAN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd