• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayu Dilarang Bertemu Suami

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kanak-kanak 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun, kini hanya mampu menahan rindu terhadap suaminya itu apabila dia kini ditempatkan di Pusat Kebajikan Thailand, sejak awal bulan ini.

Ibunya, Aminah Itam, 47, mengakui anaknya yang dipanggil Ayu itu amat merindui dan mahu menemui suaminya tapi tidak dibenarkan pihak berkuasa Thailand.

Katanya, Ayu kini berada di Pusat Kebajikan Thailand, tidak jauh dari pekan Sungai Golok dan hanya boleh dikeluarkan selepas berumur 18 tahun.

Aminah yang juga warga Thailand, berkata dia dan suami juga ditempatkan di pusat kebajikan itu dengan semua perbelanjaan makan dan minum ditanggung kerajaan Thailand.

“Kami hanya menemani Ayu untuk tempoh beberapa bulan saja dan kerajaan Thailand berjanji untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada saya dan suami.

“Mungkin selepas ini kami akan tinggal di Thailand dan berhenti mengambil upah menoreh getah di negara ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panggong Lalat, di sini, hari ini.

Beliau pulang ke rumah sewanya pagi tadi untuk mengambil semua barangan serta pakaian untuk dibawa pulang ke Thailand.

Aminah akan pulang ke Thailand semula petang ini kerana pihak berkuasa negara itu tidak membenarkannya memasuki Malaysia bagi tempoh lama.

Pada 18 Jun lalu, kisah perkahwinan Ayu dan peraih getah itu menjadi viral selepas isteri kedua lelaki itu mendedahkan perkara itu di dalam laman sosial Facebook.

Berikutan itu, lelaki terbabit yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis, sudah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang atas dua tuduhan baru-baru ini.

Peraih getah itu kemudian didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran. Dia kemudia dikenakan hukuman denda RM1,800 bagi kedua-dua kesalahan itu.

Aminah berkata, Ayu hanya dapat menatap wajah suaminya dalam telefon bimbitnya. – BH ONLINE

Tags: kahwin mudasuami
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gigit Badan Isteri, Pemandu Grab Dipenjara 4 Bulan

Next Post

ASW 2020 Agih Pendapatan 6 Sen Seunit

Related Posts

Sangka Suami Bergurau Rumah Terbakar, Rupanya Betul

Sangka Suami Bergurau Rumah Terbakar, Rupanya Betul

25/12/2024
0

BALING: "Mulanya saya sangka suami bergurau kata rumah terbakar tapi rupanya memang kejadian itu berlaku hingga menyebabkan rumah pusaka kami...

Kes Suami Tumbuk Isteri Tak Beli Makanan: Kontraktor Mengaku Tak Salah

Kes Suami Tumbuk Isteri Tak Beli Makanan: Kontraktor Mengaku Tak Salah

23/09/2024
0

BATU PAHAT: "Saya dah menyesal, saya mohon ikat jamin,". IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Demikian rayuan kontraktor yang mengaku tidak...

Next Post

ASW 2020 Agih Pendapatan 6 Sen Seunit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd