• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Papan Selaju Malaysia Dikejar Ke Hospital

oleh
29/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Atlet papan selaju Malaysia, Christina Lai Grace terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan sebelum final acara Park wanita Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.

Atlet muda berusia 13 tahun itu yang berpotensi untuk meraih pingat, mengalami kecederaan di bahagian pinggul sebelum acara itu bermula di StakeBoard Stadium, Jakabaring Sports City di sini.

Christina terjatuh ketika sedang membuat latihan bersama-sama lima lagi peserta aksi final pada pagi ini, dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di gelanggang.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu kemudian diusung keluar dari gelanggang ke bilik perubatan di venue untuk pemeriksaan lanjut, sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans, sekali gus terlepas aksi final.

Timbalan Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia (Palembang), Datuk Dr SS Cheema, yang dilihat sempat memeriksa Christina sebelum pasukan medik membawa atlet itu ke hospital, berkata kecederaan itu tidak begitu serius, tetapi keputusan tepat hanya boleh diperoleh selepas imbasan X-ray dan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

“Amat malang kerana beliau terjatuh sebelum bermulanya acara (final)… beliau berasa agak sakit terutama di pinggul dan bahagian bawah belakang. Saya ada memeriksanya, tampak tidak teruk, saya minta mereka (pasukan medik) buat X-ray dan MRI.

“Beliau seorang atlet yang bersemangat tinggi, beliau menangis bukan kerana sakit tetapi tidak dapat beraksi pada final. Saya beritahunya yang beliau masih ada masa yang panjang dalam sukan ini, pergi buat pemeriksaan dan kembali semula dan teruskan perjuangan dalam sukan ini dengan gembira.

“Diharapkan beliau akan sembuh, tetapi pastinya tidak dapat menyertai pertandingan ini, membuatkan kami dan rakyat Malaysia berasa hampa,” kata Dr Cheema yang merupakan seorang doktor di Kuala Lumpur.

Sementara itu, jurulatih negara, Johari Fitry Khairrudin yang lebih dikenali sebagai Joe Ipoh, berharap Christina akan sembuh secepat mungkin untuk meneruskan penyertaan dalam sukan ekstrem itu.

“Tadi saya pun tak berapa nampak kerana duduk di tempat penonton, masa dia ‘fly’ itu, mungkin dia terjatuh. Memang kecewa, tetapi harap-harap dia sembuh cepat,” katanya.

Sukan papan selaju atau skateboard buat kali pertama dipertandingkan di Sukan Asia pada kali ini dan bakal diperkenalkan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd