• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Hanya Kecewakan Dunia

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China semalam memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan meningkatkan perang perdagangan hanya akan ‘mengecewakan dunia’ ketika Washington mengugut mahu menaikkan tarif terhadap AS$200 bilion (RM814.7 bilion) eksport Beijing ke AS.

Beijing berkata, langkah itu, sekiranya dilaksanakan, akan memaksa ia bertindak balas bagi mempertahankan kepentingan China, perdagangan bebas dan status quo antarabangsa.

“AS tidak mempedulikan dunia. Tindakan keras dan berlembut Washington terhadap Beijing tidak akan mendatangkan kesan, malah, ia hanya akan mengecewakan semua negara dan wilayah yang menentang perang perdagangan,” kata Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan sambil menambah, Beijing masih berharap situasi tersebut akan ber­ubah.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menyifatkan tindakan AS sebagai ‘peras ugut’ dan mendesak Washington supaya kembali rasional serta tidak bertindak melulu.

“Ia hanya akan menya­kitkan mereka,” katanya.

Presiden AS, Donald Trump meminta Wakil Perdaga­ngan AS untuk menimbangkan cadangan menaikkan tarif kepada 25 peratus terhadap import China berbanding cukai 10 peratus sebelum ini, kata utusan berkenaan, Robert Lighthizer kelmarin.

“Kami sangat jelas mengenai ­perubahan spesifik yang perlu China lakukan. Malangnya, di sebalik mengubah tindak-tanduk berbahaya itu, China secara haram telah bertindak balas terhadap pekerja, petani, penternak dan perniagaan AS,” kata Lighthizer dalam satu kenyataan.

AS telah mengenakan tarif 25 peratus ke atas import China bernilai AS$34 bilion (RM138 b­i­lion), manakala tarif tambahan AS$16 bilion (RM65 bilion) akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Pada 10 Julai lalu, Washington mendedahkan senarai tambahan import China bernilai AS$200 b­ilion merangkumi pelbagai produk seperti jentera elektrik, barangan kulit dan makanan laut yang akan dikenakan duti import 10 peratus. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Amerika SyarikatChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd