• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Kabinet, Pimpinan Tertinggi PH Perlu Isytihar Harta

oleh Ahmad Albab
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Semua anggota Kabinet dan pemimpin tertinggi anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) wajib melengkapkan maklumat pengisytiharan harta masing-masing selepas 30 hari mengangkat sumpah Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah yang baru ditubuhkan menetapkan supaya salinan maklumat pengisytiharan harta diberikan kepada pihak suruhanjaya.

“Pada masa dulu, pengisytiharan harta di peringkat persekutuan cuma diberi kepada Perdana Menteri sahaja dan kalau di peringkat negeri diberi kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri .

“Kini satu salinan perlu diberikan kepada SPRM dan kemudian memuat naik maklumat tersebut di dalam portal SPRM,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis lafaz IBR Anggota Dewan Undangan Negeri dan Ketua Jabatan Badan Berkanun negeri Perak yang diketuai Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu​​​​​​ di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Shamshun Baharin berkata bagi memastikan urusan memuat naik maklumat tersebut di portal SPRM berjalan lancar, pihaknya akan menyelesaikan beberapa masalah teknikal yang timbul termasuk daripada aspek penyelarasan borang.

“Perkara itu sedang diambil tindakan dan selepas ia selesai, kami akan memuat naik maklumat berkaitan dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh anggota pentadbiran di dalam portal SPRM,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata semua pengurusan syarikat milik kerajaan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan negeri akan turut diminta mengisytiharkan harta.

“Perkara ini telah saya arahkan untuk dibuat serta-merta, bukan sahaja kesemua exco kerajaan negeri dan ADUN, namun kepada mereka juga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Isytihar HartaKerajaan PH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jawatankuasa Khas Kaji Sosma Ditubuhkan

Next Post

Mossad Dalang Bunuh Pakar Senjata Syria

Related Posts

Isytihar Harta: Saya Dah Buat Tahun Lepas – PM Jawab Dr M

Isytihar Harta: Saya Dah Buat Tahun Lepas – PM Jawab Dr M

13/05/2023
0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bahawa dia tidak ragu-ragu untuk mengisytiharkan hartanya, kerana ia sudah diketahui umum. Ikuti Mynewshub: Telegram Anwar...

Tiada Arahan Menteri Isytihar Harta – Rafizi

Tiada Arahan Menteri Isytihar Harta – Rafizi

12/01/2023
0

PUTRAJAYA - Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menteri kabinet mengisytiharkan harta mereka. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

Mossad Dalang Bunuh Pakar Senjata Syria

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd