• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Gajah Dijumpai Mati, Seekor Cedera

oleh
14/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seekor anak gajah dijumpai mati terapung di sungai Kinabatangan di Sandakan dan seekor gajah jantan cedera di Lahad Datu semalam, demikian menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga.

Beliau berkata, dalam dua kes itu, anak gajah berusia kira-kira dua tahun dijumpai oleh sebuah bot pelancong dan mayat berkenaan dibawa ke tebing sungai berkenaan.

“Satu pasukan dihantar bagi mengendalikan post-mortem untuk menentukan punca kematian dan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Augustine berkata, gajah berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki depan akibat terkena perangkap dekat Taliwas, Lahad Datu.

Beliau memberitahu bahawa maklumat itu diterima lewat pada sebelah petang dan pasukan veterinar jabatan tidak dapat sampai ke sana malam tadi.

“Bagaimanapun pagi ini kita hantar mereka dan mereka sepatutnya telah sampai di sana untuk merawat kecederaan itu,” kata Augustine. – BERNAMA

Tags: gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd