• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Khusus Tangani Gangguan Seksual Sedang Diteliti

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti untuk mewujudkan satu akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual.

Timbalan Menterinya Hannah Yeoh Tseow Suan berkata setakat ini, dalam merangka akta baharu itu, kementerian telah mengadakan sesi konsultasi dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang disertai beberapa badan bukan kerajaan pada 3 Feb lalu bagi membincangkan kandungan untuk dimasukkan ke dalam akta tersebut.

“Kementerian juga akan melakukan kajian dengan mendapatkan maklum balas masyarakat, data serta kaedah pembuktian dalam kes-kes yang terlibat seterusnya membantu dalam merangka dasar dan strategi menangani isu gangguan seksual,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai sejauh mana usaha kerajaan dalam menambah baik undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baharu mengenai kesaksamaan gender dan undang-undang gangguan seksual supaya lebih berkesan dalam melindungi wanita dan kanak-kanak.

Katanya, permohonan peruntukan untuk menjalankan kajian tersebut telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 3 Mac lepas dan masih dalam pertimbangan EPU.

Mengulas lanjut, Yeoh berkata terdapat beberapa peruntukan undang-undang atau kod amalan garis panduan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membendung kes-kes gangguan seksual iaitu di bawah Kanun Keseksaan; Pindaan Akta Kerja 1955; Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.

“Namun begitu, peruntukan undang-undang sedia ada perlu ditambah baik agar usaha kerajaan membendung gangguan seksual adalah lebih berkesan. Ini kerana, peruntukan di bawah Kanun Keseksaan lebih bersifat umum dan beban pembuktian di dalam kes yang dirujuk perlulah dibuktikan melampaui keraguan munasabah,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sepanjang tiga tahun lepas (2015 hingga 2017) dilaporkan terdapat 47 kes tindakan tatatertib melibatkan gangguan seksual.

Daripada jumlah itu, 20 amaran dikeluarkan, sembilan kes melibatkan penangguhan pergerakan gaji, masing-masing enam kes turun gaji dan buang kerja, empat didenda serta masing-masing satu kes melibatkan pelucutan hak emolumen dan turun pangkat.

“Berbanding populasi penjawat awam yang jumlahnya kira-kira 1.6 juta, kes-kes ini mungkin bukan gambaran sebenar kes yang berlaku kerana berdasarkan maklum balas yang diterima masih ramai pegawai tidak tahu mengenai garis panduan ini dan ada yang tidak tahu untuk melaporkan kepada siapa.

“Jika mangsa melibatkan pegawai(nya) di bawah kesalahan tersebut, mereka (mangsa) mungkin akan rasa takut (untuk melaporkan), jadi kita kena mula mengadakan lebih banyak kempen untuk mendidik,” kata Yeoh menjawab soalan tambahan Anggota Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai jumlah kes gangguan seksual dan tindakan yang diambil.

Bagi kes yang dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia melibatkan sektor swasta pula, sebanyak 15 kes dilaporkan sehingga Jun 2018, 24 kes (2017), 26 kes (2016),14 kes (2015), 14 kes (2014) dan 14 kes (2013).

“Jika dilihat, kes-kes ini rendah kerana kod amalan ini tidak wajib terhadap syarikat swasta, dan ramai tidak sedar hak mereka dalam isu melibatkan gangguan seksual, sehubungan itu kementerian akan memulakan kempen untuk mendidik semua (orang) dari sektor swasta dan awam supaya sedar hak mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kementerian sedang giat mengadakan sesi konsultasi bagi membincangkan kerangka kandungan yang akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk digubal menjadi satu akta kesaksamaan gender. – BERNAMA

Tags: Aktagangguan seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd