• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Percuma Mulai 1 September Di Johor

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 200,000 golongan sasar daripada kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) di negeri ini bakal menerima air percuma 10 meter padu sebulan bermula 1 September ini.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, hari ini melancarkan pemberian air percuma itu dan kempen jimat air, yang juga satu daripada janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan (PH) Johor.

Katanya, pemberian air percuma itu menjadi satu usaha kerajaan negeri menerusi syarikat pembekal air di Johor, SAJ Ranhill sebagai ejen pelaksana untuk meringankan tanggungan kos sara hidup harian golongan sasar.

“Mulai 1 September ini, terdapat dua kriteria utama diguna pakai sebagai mekanisme pemberian air percuma iaitu pertama mereka yang termasuk dalam golongan B40 dan mempunyai akaun bersama SAJ Ranhill, mereka ini tidak perlu berdaftar dan secara automatik menerima air percuma.

“Kedua, golongan B40 yang tidak mempunyai akaun SAJ Ranhill sama ada menyewa atau duduk di premis lain masih boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat SAJ Ranhill yang akan mula diedarkan pada minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran pemberian air percuma dan kempen jimat air di Taman Cempaka, Kempas di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse dan Ketua Eksekutif Ranhill Holdings Berhad, Tan Sri Hamdan Mohamad.

Osman berkata, pemberian air percuma 10 meter padu diharapkan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua golongan sebagai pengguna bekalan air negeri.

“Bagi membantu rakyat lebih menghargai air, pihak kerajaan negeri berpandangan Kempen Jimat Air perlu dilakukan secara agresif supaya bukan sahaja kita boleh mengawal penggunaan air berlebihan, malah kita juga mahu rizab simpanan air dapat dipertingkatkan.

“Kita juga maklum mengenai lebih 4,000 kes kecurian air yang berlaku sepanjang Januari hingga Jun tahun ini membabitkan 209,170 kubik meter air dan kerajaan negeri sentiasa memantau dan memastikan perkara ini dapat diatasi,” katanya. – BH Online

Tags: air percumaDatuk Osman Sapian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Umum Air Percuma Sepanjang Ramadan

31/03/2022
0

DUN KELANTAN l Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di Kelantan tetapi hanya melibatkan bil yang tidak...

Osman Sapian Meninggal Dunia

22/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia di kediaman anaknya malam tadi selepas lebih dua bulan mendapatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd