RAWANG – Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menyumbang sebanyak RM28,000 kepada enam buah masjid dan sebuah surau terpilih sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, sumbangan itu bertujuan membantu ahli kariah dan masyarakat menjalankan aktiviti ibadah korban.
“Selain daripada menghulurkan bantuan, sumbangan ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat di atas sokongan kukuh kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Aminar berkata, sumbangan itu juga diharap secara tidak langsung dapat mendekatkan Perodua dengan komuniti masjid dan surau di Selangor serta membina jalinan ukhwah.
Masjid dan surau terbabit adalah Masjid Nurul Iman Serendah, Masjid Nurul Islamiah Kg. Sg.Choh, Masjid Ar-Rahmah Kg. Sungai Buaya, Masjid As Salam Bukit Sentosa, Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa 2, Masjid Perodua dan Surau Al Ittihadiah Shah Alam. – MYNEWSHUB.TV
*Sekadar Video Hiasan..

