• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam Shahz Beri Cadangan Kepada Dr. Maszlee

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Adam Shahz memberi cadangan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk mewajibkan pelajar sekolah menengah menyertai badan beruniform atau kadet.

Kata Adam, pihak kerajaan juga perlu mengkaji semula modul kegiatan kokurikulum memandangkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dimansuhkan.

Menurutnya, dengan adanya aktiviti tersebut yang diambil secara serius sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gejala tidak bermoral dalam kalangan remaja.

“Pelajar sekolah menengah khususnya perlu diwajibkan turut serta dalam badan beruniform sekolah atau kadet dalam membentuk jati diri remaja di peringkat awal.

Adam memberi cadangan mengenai kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah menengah.

“Modul pembelajaran ini perlu diambil kira dengan serius sebagai satu kegiatan kokurikulum. Memandangkan tidak ada lagi kewujudan PLKN, modul kegiatan ko-ku di peringkat sekolah menengah perlu kaji selidik.

“Sedikit sebanyak remaja sekolah kurang terdedah dengan gejala tidak bermoral,” tulis Adam menerusi laman Twitter miliknya.

Adam memuat naik status tersebut di laman sosialnya dengan meletakkan ‘tag’ akaun rasmi Twitter Dr. Maszlee.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan digantikan dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan (Youth of the Future).

Adam Shahz.

Tambah pelakon yang pernah popular menerusi drama Juvana ini, aktiviti luar bilik darjah itu juga dapat membina jati diri yang kukuh dalam mewujudkan generasi muda sebagai pemimpin negara.

Baginya, perkara itu perlu dilakukan sekarang sekiranya ingin melihat generasi lebih bermutu di masa hadapan.

“Ko-ku beruniform sekurangnya dapat memupuk remaja berdisplin dan membina jati diri yang kukuh selari dengan hasrat menteri dalam mewujudkan generasi muda pemimpin negara.

“Kalau mahu generasi bermutu di masa akan datang, ianya perlu bermula sekarang,” katanya. – mStar Online

Tags: adam shahzDr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd