• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Individu Termasuk 2 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

oleh
09/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Lapan individu termasuk dua wanita warga asing yang sedang leka berjudi dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah kedai di Bandar Puchong Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata pegawai dan anggota dari Balai Puchong menahan empat lelaki dan dua wanita warga asing serta dua lelaki tempatan kesemuanya berusia 30-an kira-kira 5 petang.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik suspek dan wang tunai,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti aktiviti judi dalam talian ini kini beroperasi menggunakan aplikasi tertentu yang boleh dimuat naik di telefon bimbit atau tablet.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya juga menahan empat lelaki kerana terlibat kegiatan loteri haram di sekitar Serdang di sini, kira-kira 5 petang semalam.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia 30-an, polis turut merampas 13 keping kertas disyaki loteri haram serta wang tunai berjumlah RM350,” katanya.

Ismadi berkata kesemua suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd