• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Kereta Dipandu Bertembung Bas Ekspres

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang wanita maut manakala 45 orang lagi selamat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta Proton Persona bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 23 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26, berasal dari Taman Murni, Kok Lanas, Kota Bharu manakala 45 orang yang selamat itu membabit 42 penumpang dan dua pemandu bas ekspres, dan seorang penumpang kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai manakala kereta dinaiki mangsa dari arah bertentangan.

Beliau berkata sebaik sampai ke lokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa cuba memotong sebuah treler tetapi tidak melepasi menyebabkan bertembung dengan bas ekspres itu.

“Pemandu bas ekspres yang menyedari kereta berkenaan memasuki laluannya cuba mengelak tetapi gagal dikawal lalu terbalik ke dalam longkang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Taufik berkata para penumpang bas masing-masing menyelamatkan diri dengan keluar menerusi pintu kecemasan dan turut mendapat bantuan daripada anggota bomba.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan dalam keadaan keretanya yang separuh remok dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: bas ekspreskemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd