• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

53,156 Kes HFMD Sehingga 18 Ogos

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan tahun ini sehingga 18 Ogos adalah sebanyak 53,156 kes.

Dalam tempoh tersebut, kes kematian akibat HFMD dan jangkitan EV71 adalah dua iaitu satu di Sarawak dan satu di Pulau Pinang, dengan tiada kes terbaru dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata jumlah kes mingguan untuk tempoh 12 Ogos hingga 18 Ogos menunjukkan penurunan sebanyak 1,304 kes (25.4 peratus) berbanding minggu sebelumnya (5 Ogos hingga 11 Ogos) iaitu sebanyak 3,826 kes berbanding 5,130 kes.

“ Kesemua negeri menunjukkan pengurangan kes kecuali Perak, meningkat sebanyak 92 kes (28 peratus),” katanya.

Justeru, ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha diminta untuk memastikan kebersihan diri dan anggota keluarga khususnya anak-anak kecil dan mengelakkan ke tempat awam yang sesak kecuali perlu.

Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk tidak keluar rumah atau bergaul dengan orang yang sihat sekiranya mempunyai gejala HFMD.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut memberi saranan kepada pengusaha indoor playground supaya menyediakan ‘hand sanitiser’ di pintu masuk dan memastikan kanak-kanak menggunakannya sebelum masuk dan keluar dari taman permainan itu.

Beliau berharap dengan langkah-langkah pencegahan yang diambil akan dapat membendung penularan jangkitan HFMD. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd